gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sheila On 7 Ubati Rindu Peminat Selepas 7 Tahun! Pak Duta Turun Pentas, Selfie Dengan Peminat Waktu Nyanyi Sephia
HIBURAN
Bapa Hisyam Hamid Menangis Ketika Tayangan Perdana Filem Memori - “Filem Ini Banyak Persamaan Dengan Hidup…”
HOLLYWOOD
Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

NEW YEAR, NEW YOU – Tiada Apa Yang Diharapkan Selain Dimudahkan Urusan, Rezeki Yang Berkat dan Ketenangan

Afiza Kamarulzaman
Afiza Kamarulzaman
31/12/2021
09:19 MYT
Sponsor Banner
NEW YEAR, NEW YOU – Tiada Apa Yang Diharapkan Selain Dimudahkan Urusan, Rezeki Yang Berkat dan Ketenangan
Apa pun yang berlaku pada tahun 2021 yang lalu, diharapkan menjadi sejarah mendewasakan untuk kita. Kekecewaan, kegagalan, kejatuhan atau kehilangan adalah lumrah dalam kehidupan sebagai manusia.
Ujian dan kehidupan bagaikan warna dalam sebuah kanvas. Apalah makna sebuah kanvas jika tidak dicorakkan dengan pelbagai rona. Tiadalah cerita dan seninya. Yang penting bagaimana kita menilai hasil corakan itu setelah siap.
Maka, bersabarlah mendepani hari mendatang. Jadikan ia pedoman dan penguat untuk mengukir kenangan yang lebih indah pada tahun baru nanti.
Mohonlah kepada sang pencipta, diberikan kekuatan hati, keberkatan rezeki, kelancaran urusan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan keutuhan kasih-sayang bersama orang di sekeliling.
Saya doakan setiap anda yang membaca nukilan saya ini setiap diberi manfaat dan diberkati kehidupan dunia akhirat.
Selamat tahun baru, mohon maaf jika ada tersalah coretan selama kita bersua di lembaran ini. Semoga ketemu di masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Tahun Baru
#2022
#harapan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement