HIBURAN
Netizen Terhibur Tengok Tya Ariffin ‘Usik’ Suami, Kali Pertama Asyraf Khalid Isi Angin Kereta - “Ada Yang Macam…”
Perkongsian video di TikTok pelakon Indonesia, Tya Ariffin yang memperlihatkan suaminya yang juga usahawan Asyraf Khalid sedang mengisi angin tayar kereta mendapat perhatian netizen.
Menerusi perkongsian itu, Tya mendedahkan suaminya yang juga anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu pertama kali mengisi angin tayar kereta sepanjang 32 tahun hidup.
“Pertama kali dalam hidup isi angin kereta,. Ada yang macam ini juga tak?” katanya.
Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan kerenah Asyraf yang dilihat tersipu malu apabila diusik Tya ketika berada di stesen minyak.
“Bila ini? Comel saja Tya usik suami.
“Mengapa jadi begini Tya. Comel la.
“Tak apa, lama-lama nanti dia dah tahu,” komen beberapa netizen.
@tyaarifinnw 😌hahhaa ada yang macam ni juga tak🙈🤪 . #fyp #tyaarifin #asyrafkhalid ♬ Funny - Gold-Tiger
Must-Watch Video