Laman Utama
Netizen Terhibur Tengok Caprice Layan Anak Tiri - “Dulu Garang Macam Singa, Sekarang…”
Perkahwinan Caprice dengan isterinya, Farra Inalis Hussni menyorot banyak respons positif daripada orang awam dan pengikutnya.
Melihat pada kebahagiaan yang ditonjolkan oleh Caprice, atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, ramai yang dilihat tumpang gembira dengan perubahan fasa baharu hidupnya.
Caprice juga sebelum ini pernah berkongsi bagaimana dia yang dahulu asyik berfikir tentang kerjaya akhirnya berubah arah selepas mendirikan rumah tangga.
Menurut Caprice, kotak fikirannya sering teringatkan rumah dan keluarga dan tidak hanya tertumpu pada karier semata-mata.
Selain itu, Caprice turut berkongsi bagaimana dia selalu melayan telatah anak tirinya, Aleesya Sofea yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Justeru, tidak hairanlah ramai pengikut yang tercuit hati dengan kemesraan yang ditonjolkan oleh Caprice terhadap Aleesya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Caprice dilihat menari dalam gerak yang comel bersama Aleesya.
“Bila lah sekolah nak start balik,” tulis Caprice di ruangan kapsyen ringkas sambil meletakkan emoji mengalirkan air mata.
Rata-rata pengikut Caprice memuji cara layanan Caprice terhadap anak tirinya.
“Daddy Al-Quds suatu ketika dahulunya garang macam singa, sekarang dah jadi baby lion,” tulis seorang netizen.
“Comel je aksi anak dengan bapak ni. So sweet,” kongsi seorang lagi pengikut Caprice.
Pada pertengahan November 2021, Caprice membuat kejutan dengan mengumumkan yang dia telah mendirikan rumah tangga bersama Farra.
Must-Watch Video