Hiburan
Netizen Terhibur, Rosyam Nor Gurau Beri Cadangan Fattah Amin Kahwin Dengan Erma Fatima -"Senang, Tak Payah Pening Kepala…”
Pelakon hebat, Datuk Rosyam Nor berpendapat pengarah, Erma Fatima merupakan wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri kepada aktor, Fattah Amin.
Bagaimanapun, pandangan itu hanyalah gurauan Rosyam kepada Fattah yang dirakamkan menerusi sebuah video memaparkan momen mereka berdua sewaktu di set penggambaran.
BERITA BERKAITAN: Netizen Terhibur Tengok Gelagat Rosyam Nor Kipaskan Cucu - “Punyalah Gengster, Tapi…”
BERITA BERKAITAN: BLOOPERS EP 6 | The Chosen One Musim Ke-2 | Datuk Rosyam halau Joey Daud | Dato’ Fazley buat kejutan
Menerusi perkongsian yang dibuat pelakon, Datin Seri Umie Aida di TikTok, Rosyam dengan nada berseloroh mencadangkan Fattah untuk mengahwini Erma.
Rosyam turut mengusik, pemilihan Erma sebagai calon isteri hanya akan memudahkan lagi Fattah.
"Aku rasalah kan Fattah, masalah kau ini dan orang yang paling tempat untuk kau adalah kau kahwin dengan Erma Fatima.
"Erma ini pun kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun dah tak boleh beranak. Jadi, kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa.
"Selepas itu pula, Umie Aida akan jadi adik ipar kau. Erma, aku rasa Fattah ini sesuailah dengan kau,” ujarnya
Fattah kemudiannya dilihat tercengang turut menyoal Rosyam kembali memandangkan Umie Aida akan memanggilnya abang selepas mendengar mendengar ‘cadangan’ tersebut.
"Jadi kak Umie akan panggil saya abang? Macam-macam eh dia punya nasihat. Pelik-pelik," kata Fattah sambil ketawa.
Video yang dikongsi Umie itu kemudiannya menyorot perhatian ramai dengan lebih 580,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.
Berikut merupakan antara komen netizen yang terhibur dengan gelagat mereka berdua:
“Sesuai sebab suara kak Erma lembut dan perlahan,” tulis @Syazmeen3.
Pelakon Zahida Rafik juga turut memberikan komen selepas melihat gurauan lucu Rosyam itu.
“Ya Allah abang Rosyam dari dahulu sampai sekarang perangai sama sahaja. Tak pernah berubah langsung,” coretnya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.
Pada 13 September tahun lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Must-Watch Video