,
Viral

Netizen Terhibur Penjual Teh Susu Tak Kenal Bill Gates Yang Berfoto Dengannya

Maliah Surip
06/03/2024
14:23 MYT
Seorang penjual teh susu di pinggir jalan di Nagpur, India, Dolly Chaiwala menjadi tular di media sosial selepas salah seorang individu paling berpengaruh di dunia memuat naik foto dirinya sedang membeli teh susu daripada pemuda dengan gaya eksentrik itu.
Individu tersebut adalah Bill Gates, individu kelima terkaya di dunia serta tokoh yang memperkenalkan perusahaan Microsoft Corporation.
Di sebalik tular gambar Gates berdiri di sebelah Dolly sewaktu membeli teh susu bancuhannya, penjual tersebut mengaku tidak mengenal siapa Bill Gates.
Menurut Dolly, dia hanya tahu ada seorang lelaki Inggeris membeli teh susu buatannya.
Lelaki tersebut iaitu Bill Gates berdiri dan menunggu teh susunya siap tanpa berbual dengan Dolly.
“Sejujurnya saya tidak tahu siapa Bill Gates. Saya fikir dia hanya lelaki Inggeris atau pelancong dari luar negeri.
“Saya pun menyajikan teh susu kepadanya seperti biasa.
“Namun esoknya selepas kembali ke Nagpur, baru saya tahu lelaki itu Bill Gates,” kata Dolly seperti dilaporkan Storypick.

BERITA TRENDING: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India

Pengakuan Dolly mendapat beragam komen daripada netizen. Ramai yang mengaku terhibur selepas Dolly dengan polos mengaku tidak kenal Bill Gates yang merupakan individu penting di dunia.
“Bill Gates kenal Dolly Chaiwala. Dolly Chaiwala tidak kenal Bill Gates dan baru kenal orang penting dunia itu,” tulis satu komen secara berseloroh.
Terdahulu, Gates menerusi perkongsiannya memberi pujian kepada peniaga kecil di India.
“Inilah India, anda boleh menemukan inovasi di mana saja. Termasuk saat persiapan menyiapkan secangkir teh sederhana," puji Bill Gates sambil berpose dengan Dolly.
Gates dipercayai singgah menikmati teh susu Dolly sewaktu hadir ke majlis pra perkahwinan anak orang terkaya Asia yang diadakan selama tiga hari di India.

BERITA TRENDING: Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Rihanna Buat Show, Bill Gates & Mark Zuckerberg…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.