,
Laman Utama

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”

Asyikin Mayudin
02/02/2023
08:50 MYT
Usahawan terkenal Mawar Karim berkongsi paparan skrin komen netizen yang mempertikaikan penampilannya sekarang tidak lagi secantik ketika menjadi isteri kepada aktor Fizo Omar.
Malah individu tersebut turut mengatakan dia gembira melihat kebahagian bekas suami kepada usahawan itu disamping isterinya sekarang.
“Naya anak pak Karim, kenapa tengok tak cantik macam dulu. Kesian tengok. Dulu bahagia saja. Happy saja tengok Fizo dengan wife dia sekarang kan,” komen individu tersebut.
Enggan berdiam diri, Mawar menyelar tindakan individu tersebut yang menggunakan akaun palsu semata-mata ingin meninggalkan komen sebegitu.
Tidak menyebut nama mana-mana pihak, Mawar turut melahirkan rasa syukur kerana kehidupannya kini lebih tenang memandangkan duitnya tidak lagi lesap.
“Naya hang punya komen sedih pakai akaun palsu. Dik pakai saja akaun betul kita boleh periksa sekarang ni. Masalahnya hang tau ke kita ni tak bahagia?
“Kita pernah duduk serumah kot atau pernah terkenal ke. Mai sini tuan badan pak Karim jawab, Alhamdulillah dik hidup sekarang ni lebih bersyukur, tenang sebab duit tak habis lesap.
“Kalau banding dulu hang faham-faham sendiri la tak kan nak pergi cerita satu dunia yang saya kena tanggung selama itu,” tegas Mawar.
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 namun mereka akhirnya bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

gempak
26/05/2024
00:55 MYT
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.
Laman Utama

Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”

gempak
20/05/2023
00:54 MYT
Alhamdulillah tahniah!
Laman Utama

Sekali Lagi Mawar Rashid Berdepan Serangan Panik Di Atas Pentas - “Kemudian Terus Balik, Sebab Saya…”

gempak
16/04/2023
22:55 MYT
Semoga Mawar cepat sembuh.
Laman Utama

[VIDEO] Mawar Rashid Menangis, Tiba-Tiba Alami Serangan Panik Di Atas Pentas - “Fokus Husband Dia Nampak…”

gempak
08/04/2023
01:50 MYT
Semoga Mawar terus kuat.