Laman Utama
Netizen Tanya Bersediakah Nak Jadi Wakil Rakyat, Ini Jawapan Caprice…
Semalam, nama pengsohor Caprice menjadi sorotan umum gara-gara ingin menyaman pasar raya Mydin berikutan ciapan yang dikongsikan di Twitter rasmi pasar raya berkenaan yang didakwa menyindir dirinya.
Menurut beberapa siri Instagram Story yang dikongsi oleh Caprice, dia menyatakan rasa kecewanya dan memberi tempoh selama 24 jam kepada Mydin untuk mengeluarkan permohonan maaf.
Gagal berbuat demikian, Caprice bersedia untuk memfailkan saman sebanyak RM30 juta.
Begitupun, Pengarah Urusan Mydin. Datuk Dr Ameer Ali Mydin dalam laporan media berkata, dia tidak membuat sebarang kesalahan selain tidak menyebut sebarang nama pada ciapan berkenaan.
Dalam masa sama, Ameer turut meminta Caprice menghantar surat saman kepadanya jika selebriti itu ingin meneruskan niatnya membawa isu berkenaan ke mahkamah.
Caprice kemudian memuat naik satu lagi hantaran di media sosial dan menjawab pertanyaan pengikutnya sama ada ingin teruskan proses saman atau tidak.
Jawab Caprice: “Malangnya… ya. Saya tidak pernah bayangkan seseorang yang saya pandang tinggi dan hormat sanggup berbuat demikian dan membenarkan team media sosialnya untuk menyindir dan perli saya.
“Sedangkan ruang komen dan tag tahu ia berkenaan saya. Jadi biarlah, kita boleh berada dalam satu perjuangan yang sama. But here we go,” tulis Caprice.
Dalam hantaran Instagram Story seterusnya, ada yang bertanya adakah Caprice ingin menjadi wakil rakyat, memandangkan wakil rakyat kerap menerima sindiran daripada khalayak.
Caprice kemudiannya menjawab: “Mungkin apa yang kita lalui hari ini training untuk 2030,” tulisnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video