,
Laman Utama

Netizen Syak Jihan Ada Baby Dalam Perut, Ini Jawapan Tuan Punya Badan - "Nak Buat Macam Mana PKP Ni..."

Amri Hassan
21/11/2021
22:55 MYT
"Jihan ada baby ker tu?" demikian persoalan segelintir netizen apabila melihat perubahan badan hos Gegar Vaganza 8 (GV8), Jihan Muse ketika mengacarakan rancangan terbabit pada Ahad.
Turut menciap kenyataan sama adalah produser drama Tikam, Michael Ang. Tulisnya di Twitter; "Jihan Muse mengandung ke?"
Tambah mengukuhkan spekulasi apabila dres hijau yang dipakai seakan-akan cuba menyembunyikan saiz perutnya.
Menjawab spekulasi itu, kata Jihan dia belum lagi hamil namun sedang merancang untuk menimang cahaya mata kedua.
"Kita nak, doakanlah kita pregnant. Tapi sebab look a like kan? Nak buat macam mana, naiklah (badan) PKP ni. Tak ada.
"Belum lagi... Tak betullah, tapi kita nak doa tu sebab memang nak (hamil). Kita aminkan je lah. Kalau iya, sayalah orang pertama canang.
"Kita tengoklah mana yang terbaik, insya-Allah. Akan kongsi... Cuma belum lagi. Yang ni bukan...," katanya kepada Gempak.
Tambah Jihan lagi, dia pernah mengambil pendekatan untuk tidak ghairah berkongsi perihal kehamilannya ketika kali pertama hamil empat tahun lalu.
"Masa hamil kali pertama dulu ketika empat bulan pertama tu saya tak umum. Sebab kita tak tahu kan, masih di peringkat awal," ujarnya.
Disebabkan cakap-cakap orang berdasarkan penampilannya pada malam konsert pertama GV8, Jihan juga enggan menyalahkan pereka fesyennya yang mungkin mencetuskan bualan ramai.
"Saya tak nak salahkan designer. Tapi kita cuba carry semampu kita, kadang-kadang tak boleh carry dik.
"Di patung dan gambar cantik... Tapi tak nak salahkan orang, salahkan badan sendiri.
"Tapi saya menantikan cahaya mata baharu, anak sulung dah masuk empat tahun dan saya pun dah nak masuk 40 tahun. Kita tunggulah, belum rezeki lagi. Doakanlah...
"Saya tak terasa pun sebab mengandung tu benda baik. Mana tahu ramai-ramai yang tweet tu lebih 40 orang menjadi satu doa, saya aminkan saja. Kita dah kahwin aminkanlah, kalau kita tak kahwin seram," tambahnya sambil berseloroh.
Jihan telah mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.
Sementara itu, konsert pertama GV8 membuka tirai pada 21 November dengan menampilkan 13 persembahan setiap bintang yang bertanding.
Aliff Aziz diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama manakala Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan terakhir.
BACA: Tiada Penyingkiran Konsert Pertama GV8! Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi Manakala Datuk Fazley ...
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.