,
Viral

Netizen Seriau Tengok Pelajar Sekolah Rendah Zaman Sekarang ‘Crush’ Dekat Cikgu… Siap Confess! – “Saya Suka Sir”

Umirah Halim
20/01/2024
01:00 MYT
Tindakan seorang pelajar sekolah rendah yang meluahkan rasa ‘cintanya’ kepada seorang guru meraih perhatian netizen.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh seorang pengguna di platform X, guru tersebut menjelaskan tentang berita perpindahannya untuk mengajar ke sekolah lain menerusi kiriman Whatsapp.
Namun, pelajar perempuan tersebut merayu agar guru itu tidak pindah ke sekolah lain kerana katanya dia tidak mempunyai semangat untuk belajar. “Boleh tak sir jangan pindah, saya takda semangat nak datang sekolah dah sir takda.
“Saya suka dekat sir, saya tak nak cikgu lain ajar kelas ni. Saya dah lama suka dekat sir.
“Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat sir, tolong lah sir balik sekolah ni ajar kelas saya semula,” luah seorang murid perempuan tersebut.

Berita Trending: Fathia Latiff Pecah Lobang Lagi! - "Sebab Tu Masa A Ajak Kahwin Saya Tak Nak"

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh murid perempuan tersebut.
Malah, netizen turut membandingkan perbezaan penampilan guru pada zaman dahulu dan sekarang.
“Cikgu sekarang muka jambu cikgu dulu lain nak pandang pon tak berani garang punya muka.
“Patut la cikgu dulu dulu bengis betul muka. Takut benda macam ni berlaku kot.
“Makin hari makin pelik budak zaman sekarang, aku malas nak layan budak sekarang like so annoying.
“Benda ni kat mana mana sekolah pun ada. Cuma zaman dulu budak sekolah mampu suka dan tak menggeletis gini,” tulis salah seorang netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 5.8 ribu sukaan dan 900,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.
Berita

Pelajar Kolej Maut Kereta Dipandu Adik Bertembung Dengan Lori

gempak
19/08/2024
10:25 MYT
Seorang pelajar kolej maut sementara adik perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru - Air Hitam, Johor pada Ahad.
Berita

Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

gempak
12/08/2024
04:52 MYT
Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang yang ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.