Viral
Netizen ‘Serang’ Dr Halina Gara-Gara Kes Adik Lelaki Dipenjara Lakukan Jenayah Seksual Kepada Remaja Ireland
Heboh baru-baru ini apabila seorang pakar psikiatri kanak-kanak rakyat Malaysia dipenjara lapan tahun enam bulan kerana menjalankan aktiviti pengantunan seksual (child grooming) serta mendera remaja perempuan warga Ireland.
Jenayah Seksual Kanak-Kanak
Menurut laporan media, Amirul Arif Mohd Yunos, 38, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di tempat kerjanya iaitu pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin pada tahun lepas.
Amirul juga didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak bawah 17 tahun, eksploitasi seksual kanak-kanak serta pertuduhan mengadakan pertemuan dengan kanak-kanak bagi tujuan seksual.
Amirul mengaku salah atas enam pertuduhan tersebut dan kini berada dalam tahanan berkaitan kesalahan itu sejak 14 bulan lalu.
Lebih mengejutkan, mahkamah memberitahu remaja itu kini berusia 17 tahun sedang mengalami tekanan mental yang ketara secara berterusan sehingga cuba membunuh diri tiga kali minggu lalu kerana tekanan kes jenayah penderanya akhirnya berakhir.
Penderaan bermula dengan sentuhan yang tidak wajar, sebelum meningkat kepada seks oral. Kesalahan itu berlaku di beberapa lokasi termasuk di dalam kereta, rumah pelaku, rumah mangsa dan di tempat kerjanya.
Menurut laporan lagi, Amirul menawarkan mangsanya 2,000 Euro sebagai pampasan atas jenayahnya. Perbuatan tersebut dilihat sebagai "penghinaan terbesar" oleh ibu bapanya dan ditolak.
Terdahulu, Hakim Crowe, menetapkan hukuman awal 12 tahun penjara.
Beliau turut mengambil kira faktor mitigasi termasuk pengakuan bersalah awal, ketiadaan rekod jenayah terdahulu dan penyesalan yang ditunjukkan oleh tertuduh.
Tambahnya, mahkamah turut meneliti testimoni, surat permohonan maaf daripada Amirul Arif, serta laporan psikologi yang dikemukakan bagi pihaknya.
Hakim Crowe mengatakan Amirul “sangat bertuah kerana mempunyai komuniti dan isteri yang menyokongnya”, merujuk kepada testimoni yang dikemukakan kepada mahkamah.
Minggu lalu, mahkamah diberitahu tentang testimoni daripada keluarga Amirul di Malaysia dan juga di Ireland. Ia adalah isteri, kakak, bapa dan bapa mertuanya di Malaysia. Kakak dan abang iparnya yang berpangkalan di Ireland juga menyokongnya di mahkamah, begitu juga ibunya, yang mengembara dari Malaysia.
Difahamkan, Amirul akan dibebaskan dalam masa kurang dari lima tahun. Dia kemudiannya akan dihantar pulang ke Malaysia.
Untuk info, Amirul Arif merupakan adik kepada Dr Halina Mohd Yunos yang juga isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Terbaharu, netizen menyerang Instagram Dr Halina dengan mendakwa dia terlibat dalam menjadi testimoni dan menulis surat sokongan kepada kes yang mendapat perhatian ramai itu.
Malah, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa mereka terhadap Dr Halina gara-gara kes tersebut.
Must-Watch Video