,
Laman Utama

Netizen Sebak Tengok Reaksi Anak Orang Asli Dapat Hadiah Telekung - "Ada Sehelai Je, Pakai Dah Sampai Lusuh"

Amri Hassan
05/05/2021
23:55 MYT
"Pahala sedekah dapat, pahala orang pakai untuk beribadah pun dapat," demikian komen yang ditulis netizen menerusi sepotong video anak-anak Orang Asli mendapat hadiah telekung solat menjelang sambutan Syawal tidak lama lagi.
Video yang tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan anak Orang Asli yang menerima hadiah telekung solat daripada syarikat pakaian muslimah terkenal, Munawwareen.
Kata pemiliknya, Aliza Abu Bakar, hatinya sayu ketika melihat reaksi mereka mendapat hadiah telekung ketika kunjungannya di komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang baru-baru ini.
"Allahuakbar! sayu hati... Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.
"Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung.
"Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura Anjau ni masih muda remaja. Sejujurnya, air mata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh," katanya.
Cerita Aliza lagi, Azura memberitahunya dia sudah lama mengimpikan untuk mempunyai sehelai telekung yang cantik dan mewah namun tidak berkemampuan.
"Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh.
"Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga bergenang ketika saya dalam perjalanan pulang. Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, kepada komuniti orang asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka.," cerita Aliza lagi. Pada 20 April yang lalu, Munawwareen mengambil kesempatan di bulan Ramadan untuk mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong.
Selain telekung, pihaknya juga memberikan barangan keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan mineral water kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.