,
Hiburan

Netizen Samakan Baju Drake Dengan Uniform Pekerja Restoran Pelita Nasi Kandar

Amri Hassan
25/07/2017
12:31 MYT
Sekeping gambar penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Drake, telah disamakan netizen dengan pekerja restoran mamak popular, Pelita Nasi Kandar.
Drake dirakam dalam sebuah acara pentas menyarung sepasang baju dan seluar bercorak biru dan keemasan yang mirip uniform pekerja restoran 24 jam itu.
Kreativiti netizen yang melangkaui batas fikiran turut menyunting gambar penyanyi itu dan dipadankan dalam aksi pekerja restoran yang sedang bertungkus lumus menyediakan makanan.
"Setelah mengalami masalah depression kronik, Drake ambil keputusan tinggalkan dunia seni dan berhijrah ke Malaysia," tulis pengguna laman sosial Twitter yang dipercayai menyunting foto terbabit, @headsink. Gambar itu bagaimanapun telah mendapat lebih 9,000 kali kicau semula (retweet) dan 3,800 like.
Netizen juga aktif memberikan komen yang lucu berdasarkan gambar terbabit.
"Pilihan bijak berkawan dengan mamak-mamak mesra Malaysia," tulis @NzrulNizam.
"Hahaha adik-beradik hang lah ni. Pinggan kosong pun panas seh," komen @zubaikzolkifle.
Selain dalam negara, netizen luar negara turut mengkritik aksi Drake yang berdiri tegak sambil memegang mikrofon.
Ada yang menyifatkan aksi itu seperti sedang ujibakat malah lebih kelakar ada yang menyamakan Drake seperti sedang membuat pengumuman mengalihkan kenderaan.
Drake, 30, pernah bercinta dengan penyanyi Rihanna sekitar tahun 2009 namun putus tiga tahun kemudiannya.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.