Laman Utama
Netizen Puji Nabil Sanggup Berstoking Je, Beri Ayda Pakai Kasut Sebab Kaki Sakit - "Lelaki Kata Bukan Takut Bini Tapi Sayang Bini"
Sikap gentleman pengacara Nabil Mahir yang tidak sanggup melihat tunangnya, Ayda Jebat sakit kaki memakai kasut tumit tinggi mendapat pujian netizen.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan Ayda, Nabil sanggup jalan berstoking sahaja selepas memberikan kasutnya untuk dipakai Ayda selepas tamat Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) baru-baru ini.
Ayda pada masa sama tersentuh dengan sikap budiman Nabil yang sanggup berkorban diri untuknya.
"Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya.
"Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.
"Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takut bini (isteri) tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv (panggilan manja Nabil)," tulis Ayda.
Justeru, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Instagram Ayda yang memuji tindakan romantis Nabil melayan tunang seperti seorang puteri.
"Semoga kasih sayang Nabil kekal begini selamanya hingga tua," tulis salah seorang pengguna.
"Nampak sangat dia sayang betul kat Ayda," puji pengguna lain.
"Suka lelaki budiman layan kekasih hati macam ni, rasa sangat dihargai," sahut pengguna lain pula.
Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasangan itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.
Must-Watch Video