Berita
Netizen Pertikai Sering Ke Tempat Keagamaan Tapi Tak Berpakaian Islamik...Ini Respon Caprice
Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice berkongsi sebuah video menjawab pertikaian netizen yang sering mengatakan dia tidak berpakaian islamik ketika mengunjungi tempat-tempat pengurusan keagamaan.
Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Kebanyakkan dari anda bertanya kenapa saya tidak berimej islamik ketika mengunjungi JAWI, JAKIM dan tempat pegurusan keagamaan yang lain.
"Di sini saya mahu katakan, kita tidak semestinya harus kelihatan islamik untuk berbuat perkara baik.
"You don't have to wait to be perfect to do good thing, just get it done," katanya dalam video terbabit.
Sebelum perkongsian video itu, Caprice ada memuat naik foto dan video ketika mengunjungi JAWI untuk sebuah perjumpaan bersama seorang pengarah di pertubuhan itu.
Must-Watch Video