,
Laman Utama

Netizen Pertahankan Guru Tampar Murid Di Khalayak Ramai - "Bukan Mendera, Tapi Bagi Pengajaran"

Gempak
14/12/2023
05:55 MYT
Baru-baru ini tular satu rakaman video menyaksikan seorang guru menampar muridnya di khalayak ramai.
Menerusi perkongsian di Platform X oleh akaun @MALAYSIAVIRALLL, difahamkan perkara itu ditularkan sendiri oleh guru yang bertugas di sekolah tersebut.

BERITA TRENDING: Pelajar Tampar Rakan 5 Kali Sebab Upload Gambarnya Di TikTok Tanpa Kebenaran

"Terima kasih cikgu yang dah viralkan video ni. Harap cikgu ni dibuang kerja walaupun kerajaan memang susah nak buang kakitangan, walaupun orang tu bermasalah," tulis akaun itu.
TERIMA KASIH CIKGU YANG DAH VIRAL KAN VIDEO NI. HARAP CIKGU NI DI BUANG KERJA WALAUPUN MIN TAHU KERAJAAN MEMANG SUSAH NAK BUANG KAKITANGAN, WALAUPUN ORANG TU BERMASALAH! pic.twitter.com/mWZxVjeUz6— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 13, 2023 Video tersebut turut membuatkan ramai pengguna aplikasi itu berasa kurang senang di mana rata-ratanya berharap agar tindakan keras di ambil terhadap guru berkenaan.
"Mohon ambil tindakan tegas ke atas lelaki tersebut. Cikgu yang kaki pukul atau baran ni memang tak layak jadi contoh untuk pelajar lagi-lagi generasi muda terkini,"
"Buang dia. Aku pantang tengok cikgu macam ni!"
"Agak kurang ajar guru ni menampar muka pelajar, perkara yang sangat dilarang oleh agama dalam mendidik anak murid mengikut guru-guru pondok."
Dalam pada itu, ada juga yang menyokong perbuatan guru berikut dengan berpendapat bahawa ia sebagai salah satu cara mendidik kanak-kanak.
"Budak-budak zaman sunat laser sekarang ni mana boleh kena tampar dengan cikgu. Sikit-sikit nak viral. Tampar bukan mendera tapi bagi pengajaran,"
"Kalau salah boleh je hukum,"
"Benda normal je zaman dulu."
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu berjaya meraih 600,000 tontonan dan lebih 4,000 tanda suka di aplikasi X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.