HIBURAN
Netizen Persoal Tindakan Saidah Kamarudin Dedah Punca Putus Tunang - “Awak Layak Memilih Tapi Janganlah Buka Aib Si Lelaki”
Pendedahan yang dibuat pelakon Saidah Kamarudin mengenai punca utama pertunangannya dengan Muntazar Ghufran berakhir disebabkan isu kewangan menerima pelbagai reaksi.
Tak setuju
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Saidah mendedahkan bekas tunangnya hanya mempunyai RM500 dalam akaun bank ketika ditemu bual sebuah portal hiburan pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Memang Suka Fame…” - Saidah Kamarudin Serahkan Isu Akaun TikTok Digodam Bekas Tunang Kepada Pihak Berkuasa
ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamaruddin Dakwa Bekas Tunang Godam Akaun TikTok - “Saya Simpan Sahaja AIb Awak”
Menerusi ruang komen di portal tersebut, netizen juga menganggap Saidah tidak sepatutnya membuka aib bekas tunangnya itu memandangkan hubungan mereka sudah berakhir.
“Bagi saya, awak memang layak memilih. Tapi janganlah buka aib si lelaki. Satu Malaysia tahu… malu dia dan keluarga. Kalau awak dah tak nak, cakap saja tak nak. Takpayah nak jelaskan sampai jatuhkan maruah dia.
“Dia macam ni, hidup kadang tak perlu nak jujur sangat. Lagi-lagi sampai jatuhkan air muka orang lain. Cakap saja la lelaki tu tak bersedia lagi dari segi kewangan, belum kukuh. Tak payahlah nak sebut baki akaun orang itu ada berapa. Kenapa nak tunjuk benda buruk kat sebelah pihak saja,” komen netizen.
Masalah kewangan
Ada juga segelintir netizen mempertikaikan tindakan Saidah memilih untuk bertunang dengan Muntazar sedangkan sudah mengetahui mengenai masalah kewangan yang dihadapi aktor itu.
“Beria bercinta, bertunang lepas itu putus canang sana sini? Walaupun aku perempuan, aku tak sokong. Patut kau berumur dari kami, patut cari laki yang dah sediakan cukup sebelum kahwin kalau tak mahu hidup susah kan!
“Lain kali cari la awal-awal yang sekufu apa la. Dah tahu awk tu high maintanance.
“Jap kenapa ajak tunang kalau kata dia tak ada duit… baik tak payah tunang,” tulis netizen.
Sebelum ini, Saidah menerusi temu bual dengan sebuah portal hiburan mendakwa isu kewangan merupakan faktor utama pertunangannya dia dan bekas tunangnya, Muntazar Ghufran berakhir.
Malah lebih membuatkan Saidah, 29, mahu memutuskan ikatan tersebut adalah disebabkan Muntazar hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Must-Watch Video