HIBURAN
Netizen Nak Boikot Pasar Raya, Rosyam Nor; "Sebenarnya Mereka Hanya Bergurau"
Pelakon prolifik, Datuk Rosyam Nor tenang dan menganggap provokasi netizen untuk memboikot pasar raya miliknya, ST Rosyam Mart sekadar gurauan di media sosial.
BERITA TRENDING: “Perkara Ini Memang Berlaku Kepada Masyarakat, Perlu Dikupas Supaya Jadi Pengajaran” - Rosyam Nor
Isu yang tercetus gara-gara watak lakonannya dalam drama terbaharu yang sedang ditayangkan ketika ini, mencetuskan perdebatan apabila watak itu dianggap miang dan menjijikkan."Memang betul ada yang beritahu saya watak Iman membuatkan ada pihak mahu memboikot ST Rosyam Mart. Sebenarnya mereka tidak memboikot tetapi hanya bergurau.
"Dulu masa saya mula-mula nak buka ST Rosyam Mart pada 2018 pun ramai yang nak boikot, tapi Alhamdulillah apabila timbul perkara sebegitu mereka sebenarnya sedang mempromosikan perniagaan saya," ujarnya kepada Gempak.
Rosyam ditemui pada majlis pembukaan serentak pusat beli-belah pertama ST Rosyam Mall dan cawangan kelapan ST Rosyam Mart di Jalan Kebun, Klang, Selangor pada Rabu.
Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan disaksikan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho.
BERITA TRENDING: Anggap Baju Melayu Karya Istimewa, Rosyam Nor Pilih Bulan Bintang! Sentiasa ‘Excited’ Untuk Jadi Duta - “Anak Muda Yang Telah Berjuang…”
Jelas Rosyam lagi, watak yang ditonjolkan dalam drama berkenaan bukan sesuatu yang sensasi sebaliknya mesej sebenar akan wujudnya individu bersifat 'kebinatangan'."Watak yang dibawakan tidak sensasi, tapi keadaan itu yang membuatkan perkara itu menjadi panas. Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu perkara itu terjadi, tapi tidak dapat mendedahkannya kerana tiada bahan bukti.
"Tapi melalui watak saya sebagai Iman dengan perlakuan saya yang nampak jijik dan menyeramkan, itulah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa terbabit.
"Selama ini mereka melihat orang yang mereka sayang tapi sebenarnya seorang binatang. Itulah watak Iman yang ditulis oleh Erma Fatima, kemudian saya bentuk watak itu sebagai satu insan yang melebihi sifat seorang iblis dan syaitan yang tidak mempedulikan darah dagingnya.
"Namun, jika dilihat sekarang ini ramai yang sudah mula berani tampil dan keluar daripada kepompong ketakutan untuk mengaku diri mereka menjadi mangsa," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rosyam meluahkan rasa bangga apabila ST Rosyam Mart tersenarai dalam Asean Records kerana pencapaiannya sebagai Pasar Raya Borong dan Runcit 24/7 Pertama di Asia Tenggara yang inovatif dalam menawarkan 21 perkhidmatan awam percuma, termasuk kemudahan pandu lalu yang mesra pelanggan.

.jpg)
Must-Watch Video