,
Laman Utama

Netizen 'Menyalak' Kelly Azman Pakai Mikrofon Ribu-Ribu Sama Macam Khai Bahar - "Hak Saya Nak Pakai Mikrofon Sendiri"

Amri Hassan
03/10/2022
09:55 MYT
Penyanyi dan selebriti versatil Kelly Azman memilih untuk mempunyai mikrofon peribadi demi menjaga kebersihan dan kesihatan suara.
Mikrofon berharga ribuan ringgit itu kata Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45, membuatkan suaranya lebih jelas, sesuai dengan tonasi.
"Bila kita bercakap pasal mikrofon sebenarnya ia penting bagi semua penyanyi atau semua yang terlibat dalam industri muzik. Itulah instrumen penyanyi selain suara.
"Bagi saya apabila beli mirofon ini supaya tak berkongsi dengan semua orang, kebetulan ketika berkunjung ke Sennheiser Malaysia di Puchong, jurutera bunyi minta saya pilih mikrofon mana nak mula-mula.
"Bila dah pilih, ia serasi dengan saya. Dia pun sarankan sama, katanya sesuai dengan suara saya.
"Mikrofon ini boleh buat suara saya ringan, apabila bercakap ikut tonasi suara kita. Tak perlu jerit-jerit, bercakap macam biasa pun dah jelas," ujarnya kepada Gempak.
Menariknya, mikrofon itu merupakan model pertama yang dilancarkan di Malaysia dan penyanyi Khai Bahar merupakan artis pertama yang menggunakan mikrofon terbabit.
"Katanya di Malaysia ini model pertama, satu-satunya artis yang guna mikrofon ini ialah Khai Bahar. Saya pun rasa gembiralah, pada masa sama saya hantar ke Singapura untuk customize warna, kebetulan Khai Bahar pun hantar ke sana. Dia warna hijau, saya putih.
"Tapi saya rasa bangga, Khai antara penyanyi saya idolakan, minat juga, pernah juga bekerjasama dengan dia di pentas," tambahnya.
Perkongsian Kelly di media sosial baru-baru ini bagaimanapun mengundang kecaman warganet yang menganggap dirinya tidak layak untuk menggunakan mikrofon peribadi.
"Ada juga netizen dah mula menyalak, bandingkan siapa saya nak pakai mikrofon sendiri. Itu hak sayalah nak pakai mikrofon sendiri, yang korang nak menyalak kenapa?
"Kata mereka saya tak sama standard dengan Khai Bahar, kenapa begitu sekali. Tapi, saya tak hairan dengan apa orang cakap.
"Pesan saya kepada artis baharu yang nak melibatkan diri dalam bidang seni suara tolong guna mikrofon sendiri. Ia untuk keselamatan dan menjaga kebersihan kita sebagai artis agar tidak berkongsi mikrofon dengan orang lain," ujar juri All Together Now Malaysia itu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar