,
Laman Utama

Netizen Kurang Senang Inisiatif KKM Pasang ‘Lampu Biru’ Di Putrajaya Sempena #WorldDiabetesDay

Fiza Kamarudin
13/11/2020
10:00 MYT
Bangunan dan persekitaran di Putrajaya dilimpahi cahaya berwarna biru sebagai tanda sokongan kepada sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut esok.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, limpahan cahaya menerusi Kempen 'LightUpBlue@Putrajaya itu secara tidak langsung meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah diabetes yang semakin meningkat di negara ini.
Bagaimanapun inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu mendapat reaksi kurang senang daripada warganet yang berpendapat ia kurang sesuai dengan keadaan semasa.
Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang sekiranya ‘lampu biru’ di Putrajaya menarik ramai orang ke daerah tersebut, seterusnya mewujudkan kluster baharu. Selain itu warganet juga menganggap ia sebagai satu pembaziran dan berpendapat lebih baik sekiranya kos untuk ‘lampu biru’ digunakan untuk membantu frontliners dan membiayai kos rawatan disebabkan pandemik covid-19.
Tanda sokongan dan penghargaan kepada jururawat & frontliners yang terus memberi perkhidmatan penjagaan Diabetes.
Bangunan dan persekitaran di Putrajaya akan dinyalakan dengan lampu biru bermula malam ini, 12 Nov sehingga 15 Nov. #WorldDiabetesDay pic.twitter.com/Aw0GXPCHmr— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 12, 2020 Terdahulu, Dr Noor Azmi berkata, simbolik memasang ‘lampu biru’ adalah untuk menghargai peranan jururawat sebagai petugas barisan hadapan yang menyokong usaha mencegah dan mengawal penyakit diabetes di negara ini.
"Pencahayaan bangunan dan struktur ikonik di seluruh dunia dengan warna biru sering dikaitkan dengan Hari Diabetes Sedunia. Pencahayaan bangunan dan struktur ini menghantar mesej visual yang jelas dan meletakkan diabetes dalam agenda utama seluruh negara,” katanya.
Difahamkan bangunan dan persekitaran Putrajaya dengan warna biru bermula semalam sehingga 15 November ini.
"Selain memberi kesedaran kepada orang ramai, limpahan cahaya berwarna biru ini juga dapat menarik perhatian penghidap diabetes untuk terus menjaga kesihatan mereka," katanya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar