,
Laman Utama

Netizen Kongsi Cerita Sebak Tengok Keluarga Beli Barang Dapur Guna eMADANI

Gempak
07/12/2023
23:55 MYT
Kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun menebus bantuan eMADANI berjumlah RM100 yang boleh dituntut menerusi beberapa aplikasi e-wallet bermula 4 Disember lalu.
Walaupun jumlah tersebut dianggap sedikit untuk segelintir pihak, namun amaun RM100 itu sangat bermakna bagi mereka yang betul-betul memerlukan.

BERITA TRENDING: Banyak Untung! Claim Kredit eMADANI RM100, Dijamin Baucar Ekstra Bernilai RM600 Di Shopee! Inilah Cara…

Dalam satu hantaran di Platform X, seorang individu berkongsi peristiwa mengharukan tentang sebuah keluarga yang menggunakan amaun tersebut untuk membeli barangan dapur.
“Ceritanya ada satu pasangan customer beli beras 5 kilogram, telur dan aiskrim. Lepas sudah scan TNG, saya ternampak baki wallet dalam RM44.50.
“Sedih juga bila tau betapa berharganya RM100 ni pada yang memerlukan. Senyum anak dapat makan aiskrim,” kongsi individu itu.
so ada manfaatnya emadani rm100 ni tak semua orang senang belajar bersyukur itu ??? pic.twitter.com/vOQWsisLAM— ًِ (@bckupacc99) December 6, 2023 Perkongsian itu berjaya menyentuh perasaan netizen di mana rata-ratanya menzahirkan rasa sebak dengan nasib sesetengah pihak yang kurang bernasib baik.
“Alhamdulillah ada orang bagi. Kita mungkin rasa RM100 tu sikit, tapi ada orang RM5 - RM10 pun dah banyak,”
“Mungkin bagi kamu RM100 jumlah yang terlalu kecil. Untuk kami B40, RM100 sangat berharga,”
“Lain org lain keperluan. Tapi ada juga manusia cakap RM100 ni tak cukuplah, apalah. Alahai takkan nak harap bantuan 100%. eMadani sekadar meringankan beban sikit sahaja. Bersyukur jelah.”
Untuk info, setakat Rabu, sebanyak 6.5 juta permohonan diluluskan dan RM650 juta sudah dikreditkan kepada rakyat menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.