HIBURAN
Netizen Kagum Dengan Ayden, Puji Cara Didikan Bella Astillah - “Bila Keluar Dari Hubungan Toksik, Anak Membesar Dengan Positif”
Anak sulung kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean mencuri tumpuan apabila berjaya menamatkan renangan pada Pesta Renang Langkawi (LSF) di Dataran Tanjung Rhu, Langkawi, pada Ahad.
Bella Bimbang Ayden Lambat Muncul
Terbaharu, tular sebuah rakaman video memaparkan Bella memberi sokongan kepada Ayden sepanjang renangan sejauh 400 meter.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah reaksi Bella yang kelihatan bimbang akan Ayden yang lambat tiba daripada peserta lain.
Malah, Bella turut bertanya dimanakah kelibat Ayden dan menjerit nama Ayden apabila anaknya itu menghampiri darat.
Netizen Kagum Didikan Bella
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian video tersebut.
“400m tu jauh weh. Ni sebab mentor dia has a good strong spirit.. tu yang Ayden pun has strong energy,” komen netizen.
“Proud of Ayden. Tapi lebih proud lagi the way Jack come downkan Bella with nice and soft words,” puji netizen lain.
“I’m glad Bella keluar dari hubungan yang toksik. Anak membesar dalam environment yang sangat positif,” tulis netizen.
“Kalau dah dalam keadaan macam ni, number dah tak penting. Yang penting dia berjaya sampai garisan penamat. As mom online.. im so proud pada semua parents yang benarkan anak-anak berenang dekat open sea macam ni. Well done Bella. You are amazing mom,” puji netizen lain.
“2 minggu training terus masuk bertanding kat laut weh. Dahsyat keberanian anak Bella. Tahniah YB dan Bella,” komen netizen.
Must-Watch Video