Netizen Kagum Dengan Aliff Syukri Terus Cari Rezeki Selepas Bersahur - "Cemburu Dengan Semangat Datuk..."
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan semangat luar biasanya dalam mencari rezeki.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Datuk Seri Aliff Syukri, 37, mengakui perjalanan kejayaannya yang diperolehi oleh dia sekarang bukanlah semudah yang disangka ramai.
Katanya dia perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan, kerana tiada jalan pintas dalam hidup.
"Bukan senang nak senang. Orang lain lepas sahur, tidur. Saya pukul 5 pagi terus buat live. Orang tak tahu usaha kita," katanya menerusi video TikTok.
Pada masa sama, usahawan itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang terus menyokong produk keluarannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kesungguhan Datuk Seri Aliff Syukri mencari rezeki dalam dunia perniagaan. Malah, ada yang menyifatkan semangat seperti ini wajar dicontohi untuk mencapai kejayaan.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
"Makin banyak duit, makin banyak komitenment dia… jadi bersyukurlah dengan kehidupan masing masing."
"Cemburu dengan semangat Dato’ … bukan semua orang ada semangat macam tu… akak tak mampu," komen netizen.