,
Hiburan

Netizen Dakwa Akhyar Rashid Longlai Di Padang Gara-Gara Eyka Farhana Tak Datang Support – “Patut Akhyar Tak Boleh Skor”

Khairil Khusyairi
10/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Eyka Farhana mencuri tumpuan wargamaya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi memuat naik foto momen dirinya di kota New York.

Eyka Persis Artis Antarabangsa

Tampil cantik di setiap foto, Eyka ternyata mencuri perhatian ramai. Malah ada juga yang menyifatkan Eyka persis selebriti antarabangsa.

“Cantik macam Selena Gomez,” puji seorang pengikut.

“Gambar pertama ingat Luna Maya tadi,” komen peminat.
“Cantik Eyka,” tulis pengikut lain.

Aksi Akhyar Longlai

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah ada segelintir netizen yang tampil memberi komen dengan mengaitkan perkongsian Eyka itu dengan teman lelakinya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Menjengah ke ruangan balas, netizen mengaitkan prestasi Akhyar Rashid yang kurang memuaskan ketika pasukan Malaysia menentang Lubnan di perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka Ahad lalu.
Ada juga yang mendakwa prestasi longlai yang dipamerkan Akhyar itu gara-gara tiada kehadiran Eyka di stadium.

“Patut la Akhyar huru-hara main semalam,” komen netizen.

“Teruk betul Akhyar main semalam,” tulis netizen lain.
“Teringat Akhyar semalam…,” komen netizen lagi.
“Eyka tak teman Akhyar malam ni banyak peluang terlepas,” tulis netizen.
“Patut Akhyar tak boleh skor semalam buah hati tak mai stadium,” komen seorang netizen.
Terdahulu, peminat bola sepak meluahkan rasa kecewa apabila kelibat pemain sayap kebangsaan iaitu Akhyar Rashid longlai ketika perlawanan tersebut.
Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya menundukkan Lubnan 1-0 pada aksi akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta Jangan Asyik Bergambar Semasa Tunai Umrah, Ini Respons Eyka Farhana - “Kenapa Tak Boleh Nak Post Kalau Untuk Nak Tunjuk Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Jadi ‘Penyebab’ Eyka Farhana Berkenalan Dengan Akhyar Rashid - “Alhamdulillah Dah Hampir 5 Tahun…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu Sampai Seru, Eyka Farhana Tak Tolak Bersuamikan Akhyar Rashid

ARTIKEL BERKAITAN: Trend Langgar Bahu, Didakwa Check-In Bilik Asing Ketika Bercuti Dengan Akhyar, Ini Jawapan Eyka Farhana!

ARTIKEL BERKAITAN: Bersemutnya Eyka Farhana Sambut Hari Jadi Akhyar Rashid - "You Know I Love You So Much Kan..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar