,
Hiburan

"Nervous Nak Pikul Status Baru Ni, Tapi..." - Nadiyah Shahab Selamat Bernikah

Asraf Aided
11/11/2018
04:18 MYT
Pelakon Nadiyah Shahab telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Ben Ali di Singapura pada petang semalam.
Nadiyah telah dinikahkan oleh bapanya iatu Syed Fuad Syed Ahmad Shahab di hadapan sekitar 700 orang tetamu yang menyaksikannya.
Menurut Nadiyah, dia berasa gementar untuk memasuki alam perkahwinan, namun dia sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Saya akui gementar untuk bergelar seorang isteri, tetapi saya sudah bersedia untuk berhadapan segala tanggungjawab dalam rumah tangga.
"Saya berharap agar kami berdua dapat menjalani alam perkahwinan dengan sebaik mungkin," ujarnya.
Dalam pada itu, pasangan ini merancang untuk memilih London atau Itali sebagai destinasi untuk mereka berbulan madu.
Nadiyah juga memberitahu bahawa dia dan suami berharap agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
Sumber : BH Online Foto : IG : @aqoimran
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nadiyah Shahab Rindu Nak Kembali Berlakon, Tapi… “Tidak Adil Untuk Saya Lepas Tangan”

gempak
02/11/2022
05:55 MYT
Cantik betul Nadiyah Shahab ni...
Laman Utama

[VIDEO] “Cantik ! Dah Macam Art Gallery…” – Netizen Puji Rumah Nadiyah Shahab Nampak Cantik & Kemas

gempak
13/07/2022
13:00 MYT
Pandai Nadiyah Shahab hias rumah
Laman Utama

Nadiyah Shahab Mengaku Tak Pandai Masak Nasi Goreng, Netizen 'Sporting' Kongsi Resepi Dari Khairul Aming

gempak
16/07/2021
03:50 MYT
Saya menginginkan sesuatu yang saya tidak tahu untuk memasaknya.
Laman Utama

Jadi Bos Pun Nadiyah Shahab Ambil Gaji RM1,500 Sebulan, Rela Bayar Gaji Staff Lebih 3 Kali Ganda

gempak
30/01/2021
01:50 MYT
Nadiyah utamakan pekerja
Laman Utama

Nadiyah Shahab Kesal Jumpa Lipas Dalam Bekas Sup -"Ini Adalah Restoran Besar Di Malaysia ..."

gempak
29/01/2021
02:34 MYT
Saya tidak akan menyebut nama mereka tetapi ..
BorakSeeni