HIBURAN
Nelysa Norazlan Nasihat Jangan Musnahkan Rezeki Orang - “Sebab Tu Kalau Benda Tak Sedap Aku Tak Viralkan, Terus Cakap Personal Pada Owner”
Personaliti media sosial, Nelysa Norazlan menasihatkan untuk tidak menyalahgunakan kuasa viral lebih-lebih lagi ulasan berkaitan dengan makanan.
Kalau tak puas hati jumpa owner terus
Menurut Nelysa, perkara itu secara tidak langsung boleh memberikan kesan terhadap perniagaan selain emosi keluarga juga boleh terganggu.“Saya semestinya tahu bagaimana rasanya bila berniaga. Sebab dulu kita pun tolong pakcik dekat pasar malam.
“Sebab tu bila dah jadi content creator, kalau satu benda tu tak sedap, aku tak viralkan. Aku akan diam dan secara personal cakap terus ke owner tu sahaja.
“Sebab aku tahu untuk dorang capai ke tahap tu sangat susah. Tiba-tiba kau dengan million followers up satu video hancurkan semua cita-cita orang.
“Nama buruk pada kedai dia, kewangan dia terjejas. Nak bangkit balik susah. Satu lagi paling kita kena fikir is mental dia. Yang paling penting mental anak-anak dia.“Saya rasa salah untuk berbuat demikian. Sebab tu lain kali kalau tak sedap atau ada sehelai rambut je ke kat pinggan tu, tok sah nak upload. “Beritahu sahaja direct dekat owner tu, suruh dia perbaiki. Bukan hancurkan karier dia, tak baik. Bila viral macam macam boleh jadi.
“Korang mesti tak fikir macam mana aku fikir kan. Ramai budak sekarang low self esteeem sebab family.
“Jadi jangan jadi punca dia pergi sekolah kawan-kawan dia tanya ‘eh kedai bapak kau ke yang viral tu, bapak kau ke yang tak okay tu?’
“Saya berjumpa dengan ramai orang yang berhenti sekolah, tekanan, tak nak kawan orang sebab dorang rasa rendah diri.
“Jadi ye, aku tak fikir mak bapak dorang sangat. Aku fikir masa depan budak budak tu. Sebab tu bila kita buat something fikir 100 langkah kedepan,” tegasnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Jangan besarkan perkara kecil
Dalam hantaran yang sama, Nelysa juga turut menasihatkan supaya tidak memperbesarkan perkara yang kecil.Katanya, selagi perkara yang berlaku itu boleh diselesaikan baik maka tidak perlulah menggunakan kuasa viral.
“Kita tak selamanya hebat. Semua orang buat salah, be gentle, tegur je. Jangan sikit sikit nak malukan orang dengan kuasa viral kita,” tulisnya.“Benda kecil jangan besarkan. Kalau boleh settle tak perlu viralkan. Belajarlah tentang ‘dominos effect’satu jatuh semua ikut jatuh. “Jangan rasa kita ni Influencer kita ni paling boleh pengaruh orang. Ingat semua tuhan bagi ni ujian.Jangan salah guna kuasa. Lagi-lagi kuasa viral.
Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan.
Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.
Must-Watch Video