,
Viral

Neelofa Nak Bagi ‘Reward’ Kepada Odah Lepas Cikgu Kongsi Mengenai Kejayaan Anak Kampung Ini

Fiza Kamarudin
22/11/2019
04:14 MYT
Pengacara dan pelakon Neelofa terpanggil untuk memberi hadiah kepada satu-satunya pelajar yang memperolehi 6A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya.
Neelofa berkongsi hasrat tersebut di laman sosial Twitternya kerana terisnpirasi dengan kejayaan pelajar tahun enam yang dikenali sebagai ‘Odah’ itu.
Perkara tersebut turut dikongsi pengacara MeleTop itu diruangan IG story di laman sosial Instagram miliknya.
Sebelum itu keputusan cemerlang ‘Odah’ telah dikongsi guru sekolah tersebut yang dikenali sebagai Syafaat Nasir atau Tok At menerusi Twitter dan kemudiannya di ulang ciap oleh Neelofa.
Menurut Syafaat, Odah merupakan seorang pelajar yang bijak, hormat kepada guru, selalu senyum, tidak pernah membantah jika disuruh melakukan sesuatu walaupun dia tidak tahu.
Malah Odah turut menolak ketika Syafaat menghulurkan duit kepadanya sebagai hadiah untuk meraikan kejayaannya. Tambah Syafaat, kejayaan yang diperolehi Odah adalah disebabkan sokongan dan dorongan penuh daripada orang tuanya.
Katanya, Odah hanya anak orang kampung, tetapi ibunya sentiasa menjadi tulang belakang dalam apa jua aktiviti dilakukan pelajar tersebut termasuk menghantarnya ke sekolah dan sarapan pagi di kantin setiap hari.
Perkongsiaan Syafaat telah diulang kicau sebanyak 10 ribu kali dan mendapat 24 ribu tanda suka di Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.