gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
GAYA HIDUP
Nak Daging Korban Cepat Empuk? Rendam Guna Nanas, Bukan Sudu!
RANCANGAN
Ray-D Jadikan G-Dragon Sebagai Inspirasi - “Atas Pentas, Saya Nak Jadi Macam Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Neelofa, Fattah Amin Setuju Bergandingan Semula Kerana Peminat #Lofattah

gempak
Mya Amri
26/04/2017
07:05 MYT
Sponsor Banner
Neelofa, Fattah Amin Setuju Bergandingan Semula Kerana Peminat #Lofattah
Pelakon Neelofa dan Fattah Amin akui setuju untuk kembali bergandingan menerusi telefilem khas sempena Aidilfitri, Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot kerana peminat.
Neelofa berkata telefilem itu merupakan hadiah buat peminat yang sememangnya menantikan kemunculan mereka.
“Bagi saya #Lofattah itu sendiri agak besar dan sayang sekiranya kami tidak membuat sesuatu untuk peminat yang giat mewujudkan hashtag tersebut.
“#Lofattah juga merupakan fenomena yang sangat luar biasa dan saya rasa inilah peluang untuk menunjukkan rasa terima kasih kami kepada mereka.
“Saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Fattah kerana kami rapat sejak drama Suri Hati Mr.Pilot.
“Dia kenal saya dan begitu juga sebaliknya, jadi saya kata apa salahnya sekiranya digandingkan sekali lagi dan kami juga bekerja atas dasar profesional,” katanya.
Mengulas mengenai Anugerah MeleTOP ERA 2017 (AME2017), Fattah memberitahu kemenangan mereka berdua adalah disebabkan usaha peminat yang tidak putus asa mengundi.
“Ini rezeki kami dan kemenangan ini adalah hasil usaha peminat, saya sendiri pun tak sangka sebenarnya yang #Lofattah itu masih kekal hingga ke hari ini.
“Sebab kalau difikirkan kembali, drama itu sudah lama berlalu dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi,” ujarnya.
Terdahulu, Neelofa telah memenangi kategori Artis Top Top MeleTop Wanita dan Fattah Amin untuk kategori Artis Top Top MeleTop Lelaki.
Manakala drama Suri Hati Mr. Pilot juga turut dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Drama MeleTop.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Neelofa
#Lofattah
#AME2017
Must-Watch Video