,
Laman Utama

Neelofa Belanja Sipi-Sipi Wajah Anak Kedua, Netizen Teruja - “Dari Tepi Pun Dah Tahu Comel Macam Muhammad Bilal”

Mya Amri
21/07/2023
00:50 MYT
Selepas mengumumkan nama anak keduanya iaitu Abdullah Abbas pada 18 Julai lalu, kini netizen sudah tidak sabar untuk melihat wajah anak kedua pelakon dan pengacara, Neelofa itu.
Walaupun belum mendedahkan sepenuhnya wajah Abdullah Abbas, Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.
“Memori yang akan sentiasa segar dalam ingatan, rasa syukur tidak terhingga,” coretnya ringkas.
Namun apa yang membuatkan netizen teruja adalah Neelofa telah 'belanja' foto anak keduanya hanya dari pandangan sisi sahaja.
Antara komen yang diterima adalah:
“Alhamdulillah tahniah, nampak sipi-sipi pun dah tahu comel macam Bilal,”
“Muka comel macam Bilal juga ni,”
“Mesti comel dan gebu macam abang Bilal,”
BACA: “Perasaan Hiba Dan Sayang Buat Abdullah Abbas…” - Neelofa Umum Nama Anak Kedua
BACA: Bilal Dah Dapat Adik! Neelofa Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ - “Semoga Kami Mampu Menjadi Ibu Bapa Yang Baik”
Terdahulu, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya Haris Ismail mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata kedua pada pukul 10.45 malam, Selasa.
Pasangan itu juga berharap kehadiran putera kedua ini membawa keberkatan dalam keluarga dan memohon doa agar mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.
Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan puter sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar