,
Berita

Nazrey Johani Kembali Bersama 'Iman Baru'

Elrafaei Sapi
16/08/2018
10:00 MYT
Kehebatan vokal yang dimiliki bekas anggota kumpulan nasyid popular, Nazrey Johani memang diminati ramai peminat muzik genre tersebut.
Malah, ketika Nazrey bersama Raihan, dia dianggap individu penting dalam menaikkan lagu ketuhanan menjadi lagu popular dalam kalangan peminat.
Bagaimanapun, sejak Nazrey membawa haluan sebagai penyanyi solo, tidak banyak cerita terbaru mengenainya dilaporkan media.
Menerusi perkongsian daripada salah seorang anggota Butterfingers, Antiloque menerusi Instagramnya, @antiloque, menyatakan penyanyi nasyid itu kembali dengan single terbaru berjudul Iman Baru.
"Diberi mandat untuk merombak , mengolah, menggubah dan menerbitkan lagu dan lirik oleh #UstazNazrey, yang dahulunya bersama #Raihan, skrang bergerak solo tanpa mencairkan intipati kandungan karya beliau," katanya.
Merujuk pada status itu, segelintir peminat teruja untuk mendengar karya terbaru itu selain memberikan sokongan agar Nazrey terus menyanyi.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @nazrey_johani1996
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Terima Kasih Kepada Ibu Bapa Yang Dulu Beli Kaset Kami”- 27 Tahun Dalam Industri, Raihan Terharu Masih Diingati

gempak
21/02/2023
13:00 MYT
27 Tahun Dalam Industri, Raihan Terharu Masih Diingati
Laman Utama

Zawfan Mirip Kumpulan Nasyid Raihan?

gempak
18/02/2023
06:55 MYT
Zawfan muncul dengan lagu pertama berjudul Rasul Kita
Laman Utama

"Kami Mahu Kikis Stereotaip ..." - Konsert Garis Masa Raihan Esok, Ini Yang Peminat Gerenti Akan 'Rasa'

gempak
17/02/2023
14:40 MYT
Konsert yang bakal memecahkan persepsi stereotaip terhadap Raihan
Laman Utama

Raikan Israk Mikraj Dengan Konsert Garis Masa Raihan Pada 18 Februari Ini, Habib Ali Zainal Hingga Neelofa Pun Ada!

gempak
22/01/2023
09:45 MYT
Peristiwa Israk Mikraj adalah salah satu kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.
Laman Utama

"Cukup 100,000 Followers TikTok, Saya Akan Jumpa Raihan" - Nazrey Johani

gempak
01/11/2022
03:52 MYT
Moga ada jalan penyelesaian...