,
Berita

Nazir Razak Kongsi Kisah Berjuang Dengan Kanser Prostat - "Saya Terus Berhenti..."

ZULHILMI JALIL
19/11/2020
13:20 MYT
Niat asal hanya mahu melakukan pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat keperluan untuk membeli polisi insurans.
Tanpa disangka, lain pula kisah yang tersingkap buat veteran banker, Datuk Seri Nazir Razak apabila disahkan menghidap kanser prostat kira-kira dua tahun lalu.
"Apabila diberitahu itu saya terkejut pada mulanya. Saya pun risau memikirkan keluarga dan lain-lain. Bahkan turut buat persiapan untuk sebarang kemungkinan terburuk yang boleh berlaku.
"Pada masa sama, saya buat research (kajian), dari situ saya dapati bahawa yang saya boleh menang, saya boleh tewaskan kanser ini," katanya kepada Gempak ketika ditemu bual menerusi panggilan video.
Nazir yang kini sudah pulih berkongsi pengalamannya sebagai bekas pesakit kanser prostat bersempena kempen #onlymencan yang disambut pada setiap November.
Jelasnya lagi, sebaik disahkan menghidap kanser prostat, beliau membuat keputusan untuk berkongsi hal tersebut kepada insan terdekatnya sahaja.
"Saya maklumkan kepada keluarga dan kenalan karib sahaja. Dalam 10-15 orang yang tahu sebab saya tak mahu bising-bising orang telefon semua nanti.
"Sokongan daripada insan rapat juga penting. Mental kena sentiasa positif untuk lawan penyakit ini," katanya.
Jelasnya lagi, antara perubahan besar gaya hidupnya yang ketara apabila dia kini berjaya berhenti daripada menjadi seorang perokok tegar.
"Tak hisap rokok lagi. Hari yang sama saya didiagnos, saya terus berhenti merokok," ceritanya.
Dalam pada itu, katanya dengan kempen yang dilaksanakannya itu, beliau berharap agar lebih ramai lagi golongan lelaki yang tampil ke depan untuk membuat pemeriksaan kesihatan mengenai kanser prostat.
"Kita mahu ia boleh dibincangkan secara terbuka sebab kanser prostat mungkin dianggap sesuatu yang sensitif, ceritanya berkaitan dengan fungsi seksual, masalah buang air, jadi orang tak mahu bercakap.
"Apabila kita ada masalah, tapi kita tak nak bincang, itu bahaya. Bimbang apabila dikesan ketika itu sudah terlewat," ujarnya yang juga pemegang amanah Tabung Amanah Kanser Urologi, Universiti Malaya.
Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan berikutan peluang untuk sembuh sepenuhnya itu lebih besar sekiranya dapat dikesan di peringkat awal.
"Ada orang kata kalau tuhan beri kita peluang untuk kita pilih satu kanser, kita tentu pilih prostat sebab kita boleh pulih sepenuhnya," katanya yang memberitahu mereka yang berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Di Malaysia, statistik menunjukkan 60 peratus pesakit kanser dikesan ketika mereka sudah berada di tahap akhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nazir Razak Nikahi Pengasas Kosmetik Yati Zainuddin - "Kami Pernah Berkawan Ketika Belajar Di UK, Takdir Mempertemukan Semula ..."

gempak
18/11/2023
00:56 MYT
Sekalung tahniah!
Laman Utama

Penerbit Drama Cinderella, Mohd Noor Kadir Meninggal Dunia

gempak
29/07/2022
00:10 MYT
Salam takziah buat keluarga...
Laman Utama

Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?

gempak
22/05/2022
13:14 MYT
Wah hebat!
Laman Utama

Nazir Razak Minat Main FIFA Di PlayStation? - “Saya Aktif Bermain Ketika…”

gempak
13/05/2022
12:50 MYT
Nazir Razak akui gemar bermain permainan video
Laman Utama

“Raya Kali Ini Saya Nervous Sebab…”- Nazir Razak Tak Dapat Bayangkan Beraya Tanpa Ibu Tersayang

gempak
30/04/2022
07:49 MYT
Ibu yang tiada ganti...