,
Hiburan

"Nasib Baik Saya Bukan Mak Cik Bawang, Kalau Tidak ..." - Wann Hampir Kena Scam 'Feeza Palsu', Peminat Suruh Hati-Hati

Amri Hassan
07/02/2020
00:07 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Wann Rashidah hampir menjadi mangsa penipuan apabila dihubungi oleh nombor tidak dikenali memperkenalkan dirinya Feeza Shaari.
Berkongsi perbualan WhatsApp bersama individu terbabit, individu terbabit dipercayai berasal dari Brunei berdasarkan awalan nombor telefon yang digunakannya untuk berhubung dengan Wann.
Dipercayai seorang peminat fanatik, individu itu turut meminta beberapa nombor rakan selebriti Wann yang turut sama bertanding dalam GV2019 antaranya Noorshila Amin dan Mazleela.
"Tak baik kan. Nasib baik saya bukan mak cik bawang kalau tidak panjang ceritanya kat situ," tulis Wann.
Demi mendapatkan kepastian mengenai identiti individu terbabit, Wann turut menghubungi Feeza sendiri.
Perkara yang terjadi kepada Wann itu sedikit sebanyak membimbangkan peminatnya yang khuatir akan privasi dan keselamatan penyanyi yang popular dengan lagu Bossanova itu.
Malah, Wann diingatkan supaya berhati-hati dan tidak lekas percaya kepada individu yang tidak dikenali.
Sebelum ini, Noorshila sendiri pernah berkongsi kisah peminatnya yang tertipu dengan individu tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya dan mencipta group WhatsApp demi kepentingan peribadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.