,
Hiburan

"Nanti Orang Cop Saya Poyo" - Aedy Ashraf Nafi Guna Teknik ‘Method’ Setiap Kali Berlakon

Hanafis Haris
29/07/2019
10:42 MYT
Pelakon Aedy Ashraf menafikan dakwaan sesetengah pihak yang melabelkan dirinya seorang yang kerap menggunakan teknik 'method’ setiap kali berlakon.
Menjelaskan perkara itu, Aedy berkata, teknik tersebut sebenarnya tidak beberapa bagus untuk dipraktikkan di Malaysia.
Menurutnya, sejak dulu lagi kebanyakkan pelakon tidak didedahkan dengan teknik ‘method’ oleh tenaga pengajar.
Dalam bidang lakonan, teknik ‘method’ digunakan oleh aktor untuk menunjukkan watak dilakonkan oleh mereka seolah-olah sebati dengan diri.
Situasi itu selalunya berlaku apabila pelakon itu terlalu mendalami watak diberikan kepada mereka.
"Saya bagi contoh kalau ramai tengah berlakon, tapi seorang saja yang 'method' habislah yang lain.
"Nanti akan jadi pelik. Jika saya je 'method' orang akan cop saya poyo," katanya.
Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi ditemui ketika majlis pelancaran Sober Squad di The Love @MaTiC, baru-baru ini.
Menurut Aedy lagi, dia lebih selesa menggunakan pendekatan yang diajar oleh pelakon berpengalaman, Wan Hanafi Su.
"Bagi saya, berlakon biar jujur. Bila jujur dan datang dari hati, lakonan itu sendiri akan terserlah.
"Itu apa yang saya belajar. Tak perlu nak obses, habis berlakon 'cut' sajalah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dua Tahun Tak Ada Tawaran Berlakon, Mimi Ernida Sebak Kongsi Pengalaman Lalui Fasa ‘Struggle’ - “Sampai La Satu Tahap, Bila Orang…”

gempak
19/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Mimi Ernida mendedahkan dia pernah melalui fasa kekecewaan disebabkan tidak menerima sebarang tawaran berlakon selama dua tahun.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.