,
Laman Utama

“Nanti Kalau Ada Legal Action Taken Jangan Menangis” - Suka-Suka Rakam Babak Dalam Filem Spider-Man, GSC Lapor Kepada Sony Pictures

Izwan Isa
18/12/2021
03:50 MYT
Umum mengetahui, filem Spider-Man No Way Home sedang rancak ditayangkan di seluruh pawagam tempatan.
Ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan apakah plot twist dan cerita yang ingin dipersembahkan oleh pengarah menerusi filem ketiga lakonan Tom Holland dan Zendaya itu.
Justeru, tidak hairan jika ramai yang berpesan supaya tidak membocorkan jalan cerita atau merakam sebarang babak yang ditonton dalam panggung wayang.
Namun, pesanan tersebut nampaknya seperti tidak dihiraukan oleh seorang individu yang memuat naik dua Instagram Story yang mengandungi babak penting dalam filem berkenaan.
Selepas viral di platform Twitter, pihak GSC mengambil kesempatan membalas ciapan yang tular itu sambil memberitahu bahawa laporan telah dibuat kepada Sony Pictures, iaitu rumah produksi filem Spider-Man No Way Home.
“Hi bestie yang rekod ig story. Bangga eh? Takpe ye dah screenshot dah. Ada receipt. Dah bagi tau Sony Pictures.
“Nanti kalau ada legal action taken jangan menangis. Bye bestie,” tulis akaun rasmi GSC Cinema Malaysia.
Dalam pada itu, pihak GSC sempat memberi nasihat supaya menghormati hasil kerja keras orang lain.
“Pandai jugak stay for post credit scenes. Yang banyak-banyak nama on the credits tu semua manusia tau. Thousands of people. Working on this movie.
“The least you can do is respect the film, respect the people!” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Filem Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam Selepas 20 Tahun

gempak
27/08/2024
12:55 MYT
Dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-20, karya agung Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet kembali nostalgia ke layar GSC untuk masa yang terhad.
Hiburan

Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

gempak
26/05/2024
08:18 MYT
Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
Laman Utama

GSC Times Square Henti Operasi Hujung Bulan Ini - “Senyum, Ketawa & Tepukan Anda Akan Sentiasa Bergema Dalam Hati Kami”

gempak
19/11/2023
04:55 MYT
Terima kasih untuk memori
Laman Utama

#PE3 : Tayangan Awal Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 Juta, Benamkan Filem Antarabangsa

gempak
25/05/2023
05:50 MYT
Tahniah Polis Evo 3!
Laman Utama

#PE3 : Kalahkan Fast X, Jualan Tiket Tayangan Awal Polis Evo 3 Kini Tertinggi Di Carta

gempak
25/05/2023
03:42 MYT
Wow! Jom tengok Polis Evo 3!