,
Laman Utama

Nana Mirdad Jelaskan Kenapa Menu Makanannya Berbeza Dengan Pembantu Rumah?

Maliah Surip
03/11/2022
01:44 MYT
Pelakon Nana Mirdad berkongsi mengenai menu masakan yang dimasak untuk diri dan suaminya, Andrew White.
Sayangnya, perkongsian tersebut mendapat sindiran daripada pengguna media sosial yang menganggap pasangan itu sebagai ‘tidak adil’ dan bersifat double standard apabila memasak makanan yang berasingan daripada pembantu rumahnya.
Tidak cepat melatah, Nana menjawab persoalan tersebut dengan tenang,
Katanya, dia percaya setiap rumah yang memiliki pembantu rumah mempunyai undang undang masing masing.
Namun untuk dirinya dan suami, tidak memakan menu yang sama dengan pembantu rumah bukan bermaksud mereka double standard. Sebaliknya mereka tidak mahu memaksa pembantu rumah makan menu yang mereka tidak gemar seperti salad dan makanan barat lainnya.
“Jadi gini. Saya dan suami lebih suka makan makan barat dan kami tidak mahu memaksa pembantu rumah makan makanan yang tidak mereka gemar.
“Jika saya masak masakan Indonesia, pasti akan masakkan untuk mereka juga,” kata Nana seperti dilaporkan Suara.com. Tambah anak sulung pasangan Jamal Mirdad dan Lidya Kandou itu lagi, setiap pembantu rumahnya tidak tinggal dalam satu rumah dengan mereka. Pembantu rumah disediakan bilik atau ruang khas mereka sendiri.
“Mereka akan datang berkemas pada waktu pagi dan kemudian petang pulang ke tempat yang telah kami sediakan.
“Tempat itu lengkap dengan bilik tidur dan dapur. Jadi mereka bebas untuk memasak apa yang mereka suka,” tambahnya dalam kenyataan yang ditulis di InstaStory miliknya.
Nana kemudian mengatakan bukan satu kesalahan juga untuk tidak makan semeja dengan pembantu rumah di rumah.
“Tapi jika kami bepergian, kami semua duduk semeja dan makanan yang sama,” dedahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.