HIBURAN
Nana Mahazan Dedah Isi Dalam ‘Lugagge’ Peserta Akademi Fantasi Tersingkir - “Beg Yang Diletakkan Atas Pentas Adalah…”
Personaliti TV dan penyanyi Nana Mahazan mendedahkan apa yang ada dalam bagasi yang dibawa peserta program realiti Akademi Fantasi (AF) ketika disingkirkan.
Pakaian peserta tersingkir
Bagi menjawab persoalan daripada netizen, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan berkata bagasi yang diletakkan di atas pentas setiap kali segmen penyingkiran itu sememangnya mengandungi pakaian peserta tersingkir.
ARTIKEL BERKAITAN: Tetap Nak Pulang Beraya, Nana Mahazan Tak Dapat Bayang Balik Raya Guna Cara Penggiliran - “Pindah Ireland Sekali Pun…”
ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan Menangis, Anak Berjaya Masuk Akademi Villareal Malaysia - “Tiga Minggu Daddy Bawa…”
Menurut Nana yang juga bekas peserta AF1 berkata disebabkan itu juga mereka pada setiap minggu diwajibkan untuk mengemas baju dan masukkan di dalam bagasi yang disediakan.
“Untuk AF lain saya tidak tahu, tapi untuk AF1 memang setiap minggu peserta kena kemas beg. Beg yang diletakkan di atas pentas adalah beg peserta yang tersingkir.
“Sekiranya tersingkir beg akan terus diambil dan terus keluar daripada akademi itu. Memang tidak akan jumpa para peserta yang lain sampailah rancangan itu tamat.
“Masuk minggu ketiga kami dah tak keluarkan baju dalam bagasi sebab kena pack setiap kali konsert kena bawa,” katanya.
Konsep musim pertama
Tambahnya lagi, dia hanya mengetahui konsep musim pertama namun tidak pasti dengan musim-musim selepas itu.
“Cuma saya dengar, AF yang seterusnya mereka hanya letak beg random dan kalau tersingkir baru beri beg yang betul,” ujarnya.
Sebelum ini, seorang individu melakukan parodi untuk rancangan AF dan perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Dalam kesempatan itu, warganet juga mempersoalkan tentang pengisian bagasi yang diletakkan di atas pentas, sama ada ia mempunyai isi atau kosong.
@nanamahazan Replying to @Fakhrul ♬ NO SOUND - Sok Baraby
Must-Watch Video