,
Hiburan

Nampak Macam Tak Pakai Coli, Jazmine Suraya Tak Mahu Bagi Komen

Fiza Kamarudin
03/12/2019
09:36 MYT
Bimbang kenyataan disalah erti, pelakon Jazmine Suraya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berkenaan foto seksinya yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG).
“Saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut sebab ia akan melibatkan banyak perkara seperti agama.
“Saya juga takut jika kenyataan yang diberikan itu disalah erti atau menyinggung orang lain,” katanya.
Jazmine berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penampilannya di sebuah acara hiburan.
Busana dikenakan Jazmine kemudiannya menimbulkan reaksi kurang senang dikalangan netizen sehingga ada yang mendakwa dia tidak memakai coli.
[[BACA: "Kalau Ya Pun Pakailah Coli" - Netizen Persoal Penampilan Seksi Jasmine Suraya]]
Dalam pada itu, Jazmine berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan menerima kritikan yang membantu memperbaiki dirinya pada masa akan datang.
“Mungkin selepas ini saya perlu lebih berhati-hati apabila memuat naik sesuatu IG. Apa-apa pun saya terima apa saja komen daripada netizen.
“Komen yang boleh membantu saya memperbaiki diri saya terima tetapi biarkan sahaja komen tidak berfaedah,” ujarnya.
Sumber: mStar Online.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Hiburan

Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen

gempak
21/05/2024
07:55 MYT
Anak kepada selebriti, Azhar Sulaiman iaitu Leona tidak peduli tentang komen negatif yang pernah diberikan oleh warganet mengenai cara pemakaiannya yang pernah dilabel ‘seksi’.
Viral

"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal

gempak
11/05/2024
05:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pandangan tentang isu rumah tangga yang sedang tular ketika ini.
Viral

Usahawan Dakwa Suami Suka Follow IG Perempuan Seksi, Tiada Usaha Berubah? - "Benda Ni Dah Lama, Gaduh Kat Umrah Pun Fasal ..."

gempak
09/05/2024
08:25 MYT
Usahawan jenama pakaian muslimah tempatan yang sedang berbadan dua tampil mendedahkan sikap suaminya yang masih mengikuti akaun Instagram wanita-wanita seksi.
Viral

"Trend Pakaian Pengantin Wanita Islam Mencolok Mata Bercanggah Agama" - Mufti Pulau Pinang

gempak
09/05/2024
02:00 MYT
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.