gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tangan Dipotong, Ibu Dalam Pantang Maut Dibunuh Suami
GAYA HIDUP
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

"Nampak Dah Arwah Penat & Letih" - Kawan Baik Kongsi Video Terakhir, Netizen Perasan Tanda Awal Sebelum Abam Meninggal

gempak
Zulaikha Yusof
13/02/2020
01:54 MYT
Sponsor Banner
"Nampak Dah Arwah Penat & Letih" - Kawan Baik Kongsi Video Terakhir, Netizen Perasan Tanda Awal Sebelum Abam Meninggal
Rakan rapat kepada pelawak Abam Bocey, Pojie Pidon atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Amiden berkongsi sebuah video yang dirakam tiga hari sebelum arwah meninggal dunia.
Kata Pojie, rakaman tersebut adalah kenangan dan percutian terakhir mereka bersama Abam di Melaka.
Dalam pada itu, Pojie turut mendedahkan keadaan Abam yang sedang demam ketika itu.
"Aku abadikan kat sini..Ni video terakhir (7 Februari 2020) kami bersama Allahyarham #Abam masa ni dalam perjalanan balik Kuala Lumpur dari Melaka.
"Pada asalnya kami nak balik hari je tah macam mana Abam kata jom cari hotel.
"Jadilah percutian sekejap tak sangka ni percutian terakhir..
"Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Moga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan @ Abam Bocey ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman insya-Allah.
"Kami sayang kau abang. Kau hargai kami dah macam keluarga," tulisnya sebagai kapsyen.
View this post on Instagram
Aku abadikan kat sini ... ni video terakhir (7Februari2020) kami bersama Allahyarham #abam ... masa ni kami otw blk KL dari melaka...plan asalnya kami nk balik hari je ... tah mcm mne abam kata jom cari hotel ... jadilah percutian sekejap ...tak sangka ni percutian terakhir... sama2 sedekahkan Alfatihah...moga roh Allahyarham SYED UMAR MOKHTAR BIN SYED MOHD RIDZUAN @ ABAM BOCEY ditempatkan dikalangan org2 yg beriman InshaAllah ???? . . Kami sayang kau bang ... kau hargai kami mcm dah mcm keluarga ? . . #innalillahiwainnailaihirojiun #alfatihah #abam #abambocey #seharibersamaidola #hariharibersamaidola #setiapwaktubersamaidola #abang #kitabaikramaisayang #salamterakhir #belenggurindu
A post shared by ???? ????? ??? ?????? ? (@pojie.pidon) on Feb 10, 2020 at 4:19am PST
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Pojie menyedari raut wajah Abam yang kelihatan berbeza dan kepenatan.
"Tapi masa muka dia demam ni nampak sangat lain. Sebab setahu aku Abam ni jarang sakit kan? @pojie.pidon takpelah semua ketentuan Allah.
"Nampak sangat muka Abam letih. Al-fatihah untuk Abam.
"Al-fatihah kat arwah Abam. Nampak sangat dia tak sihat. Maaf saya terperasan ada lekuk kat dahi arwah. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
"Memang nampak macam Abam dah kejauhan.
"Nampak masa ni Abam dah lain.
"Nampak dah arwah penat dan letih," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).
BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Topic Berkaitan
#Abam Bocey
#Meninggal
#Tanda Awal
Must-Watch Video