,
Viral

Nama Tersenarai Dalam 'Investor Alert List', Ini Penjelasan Suami Heliza Helmi...

Muhammad Firdaus
27/02/2024
06:55 MYT
Didakwa nama tersenarai dalam senarai Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), suami kepada selebriti, Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman tampil memberi penjelasan berkaitan isu berkenaan.
Menurut Mahadi, dirinya tidak mempunyai sebarang info tentang perkara itu kerana tiada sebarang makluman diterima daripada pihak tersebut serta berkongsi akan ke pejabat SC pada pagi Selasa.

BERITA TRENDING: Fathia Dah Warning, Kita Yang Lalai... Suami Heliza Masuk Senarai 'Investor Alert List'?

"Saya dalam perjalanan ke SC. Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau e-mel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.
"Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?
"Memang tiada jawapan kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram," katanya.
Sementara itu, Mahadi juga mengakui terkejut apabila namanya tersenarai dalam sistem SC dan beranggapan bahawa dakwaan itu mendatangkan fitnah terhadap dirinya.
"Ikutkan dari dulu saya dah kena hadapi fitnah-fitnah tentang diri saya ni. Tapi bila nama saya masuk dalam sistem SC saya sendiri terkejut tambah pula bila dah viral, memang sangat terkejut.
"Saya sudah berhubung dengan pihak polis tetapi mereka kata tiada apa-apa laporan dibuat terhadap saya. Tapi pihak SC masukkan nama saya dalam sistem saya pun pelik tentang perkara itu. Agak serabut, tapi saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin," kongsinya.
Terdahulu, Badrul pernah didakwa oleh satu akaun yang dikenali sebagai Pseudoscience Watch bahawa dirinya terlibat dalam aktiviti penipuan melalui perniagaan yang dijalankan.
Susulan kepada tuduhan yang dilemparkan, Mahadi menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilemparkan Pseudoscience Watch ke atas pihaknya dan menganggap kenyataan berbaur fitnah itu dikeluarkan adalah untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti syarikatnya yang sudah menapak lebih 20 tahun.
Sumber: mStar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar