Hiburan
Nama Ruhainies Digugurkan, Bella Astillah Terima 3 Kontrak Drama Dari Datuk A. Aida!
Bagai pelangi datang selepas hujan, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan nasib pelakon, Bella Astillah, apabila dia ditawarkan tiga kontrak drama dari Datuk A. Aida selepas kemelut rumah tangganya bersama suami, Aliff Aziz.
Menurut Hlive, tindakan itu dilakukan oleh A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, adalah sebagai salah satu inisiatif membantu aktres tersebut dalam karier lakonannya.
BERITA TRENDING: Tidak Ada Yang Lebih Bijak, Bella Failkan Cerai Kali Kedua Buat Aliff Aziz
Tiga tawaran drama yang diberi ialah Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo dikatakan bakal menjalani penggambaran sepanjang tahun ini.Terdahulu, Bella hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu untuk sebutan pertama kes perceraiannya dengan Aliff Aziz yang difailkan Isnin lalu.
Sebelum ini Aliff ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka kemudian dibebaskan denga jaminan pada sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Sumber: Hlive
Must-Watch Video