HIBURAN
Nama Dipetik Isu Veil Kahwin Bersulam Inisial ‘Nun’ & ‘Ha’, Ini Respons Neera Azizi - “Kalau Nak Tahu Kena…”
Pelakon Neera Azizi tampil memberikan respons selepas namanya hangat dipetik netizen susulan tular foto sistem digital sulaman inisial jawi huruf Nun dan Ha yang dikatakan milik seorang selebriti wanita yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
Menjawab spekulasi tersebut, Neera atau nama lengkapnya Nurazneera Azizi, 27, memilih untuk tidak mengesahkan mahupun menafikan dakwaan bahawa foto tersebut miliknya.
“Saya tak boleh nak confirm. Nak kata ya tak boleh, nak kata tak pun tak boleh. Kalau nak tahu, kenalah tunggu. Mungkin veil tu saya punya, mungkin orang lain punya.
“Tapi kalau ikut hint tu, rasanya orang dah boleh agak,” katanya sambil tertawa.
Tambah Neera, dia sendiri tidak mengetahui tentang foto veil yang tular itu memandangkan dirinya kini sibuk dengan komitmen teater di Melaka dan jarang membuka media sosial.
“Memang tak tahu. Sekarang saya tengah ada teater dekat Melaka. Tak sempat sangat nak tengok telefon, nak update media sosial pun jarang,” jelasnya.
Pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah itu bagaimanapun tidak menafikan ramai yang sudah mengetahui tentang perancangannya untuk berkahwin, cuma tarikh sebenar masih lagi dirahsiakan.
“Sebenarnya dah ramai yang tahu saya akan berkahwin, cuma mereka tak tahu tarikh sebenar. Masa on-air dekat radio pun, partner saya dah bagi hint macam bulan depan saya nak kahwin. Tapi tarikh tu masih rahsia,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial foto sistem digital sulaman inisial jawi huruf Nun dan Ha yang dikatakan milik seorang selebriti wanita yang akan berkahwin tidak lama lagi.
Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teka-teki dalam kalangan netizen, dengan beberapa nama popular turut dikaitkan, termasuk Neera dan Hawa Rizwana
Menerusi hantaran yang dimuat naik pereka fesyen terkenal, Halim Asmuni, turut memberikan bayangan bahawa individu yang dimaksudkan merupakan seorang pelakon dan penyampai radio.
Sekadar info, penyampai radio Rakita itu telah mengikat tali pertunangan hanya selepas beberapa bulan berkenalan dengan dengan jejaka yang juga mutawif dikenali sebagai Hafizi pada 26 Oktober 2024.
Must-Watch Video