Laman Utama
Nama 'Alif' Jadi Kontroversi, Alif Satar Kena Tempias Netizen - "Yang Ni Perlu Perbaiki..."
Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang isu seorang pempengaruh Islamik yang dikenali sebagai Alif Teega berkahwin kali kedua di Siam.
Oleh sebab nama Alif disebut-sebut, pengacara dan penyanyi Alif Satar turut menerima tempias daripada kontroversi berkenaan.
Menerusi satu hantaran di Platform X, seorang individu menyatakan Alif Satar tidak perlu memperbaiki diri dari segi aspek rumah tangga sebaliknya memberi penambahbaikan kepada francais makanan Pasta Panas.
"Satu benda Alif yang ni perlu perbaiki ialah portion Pasta Panas," tulis netizen tersebut.
Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pendapat yang diajukan dan meminta Alif menyelaraskan kandungan makanan dengan harga yang dibayar.The only thing this Alif needs to improve is portion for Pasta Panas. https://t.co/B6FQku9oR1— Malissa (@malissaali) November 27, 2023
"Bukan portion tapi kurangkan harga. Bapak mahal. Dah la pakai chicken slice je,"
"Sama ada kurangkan harga atau lebihkan portion, no in between."
BERITA TRENDING: Pernah Kritik Isu Curang, Alif Teega Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ - “Allah Uji Dia Dengan Kata-Kata Sendiri”
Bagaimanapun, ada segelintir warganet menerangkan Alif Satar bukan empunya francais makanan tersebut sebaliknya hanyalah seorang duta jenama berikut dan tidak sepatutnya dipersalahkan."Tapi dia brand ambassador je, pemiliknya orang lain,"
"Alif Satar tu duta jenama ni je sis,"
Sekadar info, Alif Satar sebelum ini membuat kenyataan bahawa dirinya berasa kurang selesa apabila namanya dipuji dan dibandingkan atas cerita negatif orang lain.
Must-Watch Video