,
Laman Utama

#NakCakapSikit: Tak Bagi Keluarkan KWSP Tapi Galakkan Buat Pinjaman TEKUN?

Gempak
29/12/2021
14:17 MYT
Minta maaflah kalau #NakCakapSikit salah atau agak emo, tetapi rasanya ramai yang sedang membincangkan tentang isu ini.
Kerajaan mengumumkan tiada lagi pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali gus memberi jawapan TAK ADA pengeluaran secara ONE-OFF i-Citra berjumlah RM10,000 yang rakyat minta pertimbangkan.
Yang kelakarnya, rakyat mahu keluarkan duit sendiri TIDAK BOLEH…Tetapi galakkan pula rakyat berhutang dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.
Tawaran pinjaman pun RM10,000 tanpa faedah dan moratorium dan tak perlu bayar selama 1 tahun…Come on, selepas setahun? Apa cerita?
Dan secara logiknya, mangsa banjir sedang struggle, mampukah mereka fikir untuk berniaga sekarang? Cuba letakkan diri tuan-tuan di tempat mereka, apa yang tuan-tuan utamakan sekarang ini? Nak BERNIAGA atau UTAMAKAN KEPERLUAN HIDUP?
Tolonglah…Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang sebelum ini menyatakan kerisauan, bimbang rakyat MISKIN TEGAR apabila tiba waktu persaraan nanti…
Kalian fikir atau tidak nasib rakyat sekarang? Tak bimbang ke? Agak-agak bantuan RM1,000-RM1,500 tu mencukupi ke untuk membina ‘kehidupan baru’?.
Sekolah pun dah nak buka dalam 12 hari lagi…Rasanya kalau mangsa banjir pinjam TEKUN, sempat ke nak fikir untuk berniaga? Lebih baik kami dahulukan keperluan sekolah dan barang harian!
Lepas tu belum masuk lagi karenah nak apply pinjaman! Minta dokumen itu ini sebab ‘terlupa’ mangsa banjir ini bukan rumah sahaja ditenggelami air, dokumen penting juga.
Bukannya apa, #NakCakapSikit dengar di PPS ada petugas minta salinan IC, bil utiliti dan lain-lain. Agaknya tak terfikir kot yang dokumen penting hanyut dan kedai fotostat pun turut tenggelam dalam bencana banjir!
Itu baru nak minta barang PERCUMA yang memang dah dipertukkan untuk mangsa banjir dah kena hadap karenah tah apa-apa…Belum lagi PINJAMAN melibatkan RM10,000! Heh!
Ni #NakCakapSikit, rasanya masih ramai yang mengharapkan RM10,000 One-Off tu..Tak percaya? Pergilah buat survey! Derita rakyat ini hanya rakyat yang rasa…#RakyatUntukRakyat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

gempak
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Gaya Hidup

Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP

gempak
13/05/2024
11:55 MYT
KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.
Terkini

Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP

gempak
28/04/2024
11:55 MYT
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Viral

Individu Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Cecah Usia 50 – “Semua Orang Boleh Buat”

gempak
06/03/2024
08:55 MYT
Berguna tips ni!
Berita

Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu Tapi Perlu Carum KWSP

gempak
25/01/2024
08:29 MYT
Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu