,
Laman Utama

Nak Tahu Apa Yang Bank Tahu Tentang Anda? Dapatkan Laporan MyCTOS Dengan CCRIS Percuma Sekarang!

Syafiqah Jalal
27/07/2021
08:49 MYT
Pernahkah anda terfikir apa sebenarnya yang bank tahu tentang anda selain mengendali akaun perbankan?
Jika anda hendak tahu, banyak maklumat perbankan anda hanya boleh diketahui dalam laporan kredit peribadi, MyCTOS.
Menariknya, dengan laporan kredit peribadi MyCTOS anda bukan sahaja hanya boleh mengetahui status kebankrapan sahaja malah banyak maklumat terperinci yang lain seperti mengenai hutang anda, maklumat akaun untuk kad kredit dan pinjaman seperti rekod pembayaran, termasuk pembayaran tertunggak, had kredit atau jumlah pinjaman, baki akaun dan pemohonan kredit serta banyak lagi.
Lebih terperinci, berikut merupakan senarai maklumat MyCTOS dengan CCRIS yang boleh anda miliki:
  • Bayaran Tertunggak (BNM CCRIS)
  • Permohonan pinjaman baru (BNM CCRIS)
  • Semua pinjaman dan kad kredit (BNM CCRIS)
  • Pinjaman Pendidikan PTPTN (BNM CCRIS)
  • Rekod pengarah dan perniagaan (SSM)
  • Kes undang-undang dan kebankrapan
  • Hutang dengan bukan bank
Pentingnya laporan MyCTOS dengan CCRIS ini kerana bank dan pemberi pinjaman akan merujuk maklumat ini dalam proses penilaian kredit sebelum meluluskan sebarang permohonan kredit seperti kad kredit dan pinjaman.
Kepentingan mempunyai laporan kredit yang baik tidak terhad kepada produk kewangan sahaja. Tuan rumah mungkin akan menyemak laporan kredit bakal penyewa untuk memutuskan sama ada akan menyewakan hartanah mereka atau tidak. Rekod pembayaran di dalam laporan kredit menunjukkan tabiat pembayaran komitmen, kemampuan dan kesediaan bakal penyewa untuk membayar sewa tepat pada waktunya.
Bukan itu sahaja, beberapa majikan juga memeriksa laporan kredit sebagai sebahagian daripada proses permohonan pekerjaan.
Selain daripada mengetahui kedudukan kredit anda untuk memahami status kewangan anda, mengakses dan menyemak laporan kredit secara berkala dapat memberikan manfaat lain kepada pengguna seperti:
  • Dalam menguruskan kewangan secara berkala agar sentiasa berada dalam tahap kesihatan kredit yang baik (untuk perancangan & membuat bajet kewangan seperti memutuskan sama ada anda perlu memohon pinjaman baru, moratorium atau memerlukan pengurangan ansuran bulanan anda)
  • Memeriksa sebarang tanda kecurian dan penipuan identiti,
  • Memeriksa sama ada terdapat kes undang-undang atau kebankrapan telah didaftarkan atas nama mereka.
  • Memperbaiki sebarang ketidaktepatan maklumat yang mungkin muncul.
  • Paling penting, pengguna dapat meningkatkan peluang mereka mendapatkan kredit atau pinjaman yang mereka perlukan
Di kala pandemic Covid-19 ini melanda, ramai yang terjejas dan buntu, ia telah menunjukkan betapa pentingya rakyat Malaysia untuk mempunyai tahap kesihatan kewangan yang baik.
Ia bukanlah tentang berapa jumlah wang yang anda miliki, tetapi pengetahuan tentang kredit supaya anda dapat merancang dan menguruskan kewangan dengan lebih baik terutama dalam masa yang sukar ini.
Menyemak laporan kredit anda (laporan MyCTOS) adalah langkah pertama untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan anda. Kini, lebih daripada 1.3 juta rakyat Malaysia telah mendaftar semakan sendiri CTOS.
Bagi membantu rakyat Malaysia menuju ke arah kesihatan kewangan yang lebih baik, CTOS melalui kempen CTOS Cares, iaitu salah satu inisiatif CSR syarikat memberikan laporan MyCTOS dengan CCRIS secara percuma dari sekarang hingga 31 Ogos kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah melakukan semakan sendiri. Jangan tunggu, mulakan sekarang!
Mudah sahaja, untuk memulakan dan mendapatkan laporan percuma anda, daftarlah akaun CTOS ID tanpa sebarang kos dengan 4 langkah ini:
  1. Layari www.ctoscredit.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih CTOS dan klik 'Daftar'.
  2. Lengkapkan proses pendaftaran dengan mengisi semua butiran.
  3. Tunggu akaun anda disahkan
  4. Setelah akaun CTOS ID anda disahkan, anda boleh log masuk dan mengakses laporan percuma anda melalui papan pemuka CTOS dan e-mel anda.
Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan dapatkan laporan MyCTOS dengan CCRIS secara percuma sebelum terlambat!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Berita

Peniaga Kedai Makan Saji Menu Ubi Kayu Percuma Sempena Hari Kebangsaan

gempak
30/08/2024
12:55 MYT
Mahathir Md Daud, 46, berkata hidangan puli ubi kayu, ubi kayu parut (ubi tonyoh) dan ubi kayu rebus diberikan secara percuma selama seminggu bermula semalam kepada pelanggan Kedai Makan Abeking Dapur Arang miliknya yang terletak di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.
Berita

Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke

gempak
14/08/2024
09:25 MYT
Laporan akhir berhubung nahas kemalangan udara Elmina di Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu dijangka dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.