,
Hiburan

"Nak Pindah Rumah, Beli Kereta, Tukar Kerja..." - Mira Filzah Kongsi Kepentingan Istikharah

Asraf Aided
31/07/2019
06:39 MYT
Pelakon popular, Mira Filzah berkongsi tentang kepentingan solat istikharah sebelum membuat pelbagai keputusan dalam kehidupan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
Menurut Mira, dia telah menonton sebuah video mengenai kepentingan istikharah yang disampaikan oleh penceramah Ustaz Adnin Roslan lalu membuatkan dia mahu berkongsi perkara itu bersama pengikutnya di IG.
"Istikharahlah dalam setiap keputusan, be it nak pindah rumah, beli kereta, tukar kerja, dapat projek baru, kerana istikharah ini adalah tanda kita menyerahkan segalanya, setiap langkah, setiap nafas kepada Allah SWT.
"Dan orang yang berada dalam pengawasan Allah, jagaan Allah, Insya-Allah hidup akan sentiasa bahagia walau besar manapun ujian melanda.
"I've just watched this video and feel like sharing this with you guys, @ustazadnin ada juga share adab beristikharah," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas perkongsian itu dan turut bersetuju tentang pelbagai kebaikan istikharah.
Dalam perkembangan lain, Mira kini membintangi sebuah filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) iaitu Sangkar.
Selain Mira, filem tersebut turut dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem hebat ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.