VIRAL
“Nak Pindah Ke Kelantanlah” - Netizen Teruja Tengok Khairul Aming Belanja Pekerja
Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memuat naik video sedang berbelanja untuk semua pekerja kilangnya di Kelantan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh itu dilihat membawa semua pekerjanya seramai 100 orang pergi membeli belah untuk persiapan hari raya.
“Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ini. Kita bawa semua staff shopping baju raya, shopping barang dapur untuk preparation raya dengan family, bagi duit raya and also buka puasa kat hotel.
“Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun,” tulisnya di kapsyen TikTok.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah jumlah duit raya yang diberikan kepada pekerjanya.
Oleh itu, rata-rata netizen terus meninggalkan komen lucu bertanya sama ada kilang milik pempengaruh itu mempunyai jawatan kosong.
Selain itu, ramai yang memuji sikap pemurah Khairul Aming yang tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan pekerjanya, membuatkan perniagaannya terus maju dan diberkati.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Ada kerja kosong tak? Jadi, Cleaner pun jadilah.”
“Nak pindah Kelantan kerja dengan KA. Bye semua.”
“Reward untuk pelajar cemerlang ada tak.”
“Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki Allah akan bagi, Teruskan support produk KA.”
“Tahniah anak melayu, saya tumpang bangga,” komen netizen.
BERITA BERKAITAN: Azza Elite Puji Sikap Khairul Aming & Che Sayang - “Budi Bahasa Tinggi, Merendah Diri, Patutlah Jadi Kesayangan Malaysia”
BERITA BERKAITAN: Sambal Nyet & Daging Dendeng Catat Jualan 42 Juta, Khairul Aming Syukur…Bakal Lancar Produk Ketiga
BERITA BERKAITAN: Ramai ‘Pelajar’ Gagal Tiru Resepi, Khairul Aming Ajar Semula Cara Masak Secara Live - “Tak Pernah Ada Kelas Tambahan…”
BERITA BERKAITAN: Khairul Aming Labur Lebih RM100,000 Untuk Strim Langsung, Hasil Kandungan Berkualiti
Must-Watch Video