,
Laman Utama

Nak Pacak Khemah Meniaga Nasi Lalap Tepi Jalan, Ayie Floor 88 Tak Kisah - “Semua Orang Tengah Struggle..”

Azwa Rahman
18/02/2022
03:01 MYT
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham berkongsi perancangannya untuk membuka perniagaan nasi di tepi jalan bersama isterinya, Nur Natasha Ahmad Nawawi yang kini sedang hamil empat bulan.
Memilih lokasi gerai tepi jalan di kawasan Maxim Sentul, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, memaklumkan cabaran membuka gerai tepi jalan itu lebih mudah berbanding menjalankan perniagaan restoran.
“Sekarang saya nak merasa meniaga tepi jalan. Buka khemah, meniaga nasi lalap tepi jalan dengan orang ramai, sempoi.
“Nasi lalap ni dia macam nasi ayam penyet dari Tawau Sabah, bezanya cuma pada sambal dan ayam. Saya asal Tawau jadi saya nak bawa makanan yang popular di sana ke sini. Kami ada resepi tersendiri.
“Saya rasa macam senang sikit, kita tak payah nak fikir sewa. Just buat lesen dan kita pacak khemah tepi jalan. Orang lagi suka sebab macam saya sendiri pun, saya suka beli makanan tepi jalan.
“Jadi why not.. kita tak payah fikir kita ni artis ke, orang kenal ke apa sebab sekarang ni semua orang tengah struggle. Tak kisah dia artis ke, dia mesti akan struggle. Jadi saya dan isteri nak ambil pendekatan meniaga tepi jalan, lagi memudahkan kerja kita, tak payah fikir nak bayar bil elektrik, bil air kedai,” jelasnya kepada Gempak.
Ayie ditemui pada majlis sidang media Konsert Eighty8 Infinity di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah Ayie lagi, dia memanjatkan kesyukuran apabila restoran miliknya, Ayie Elham Cafe yang dibuka pada tahun 2020 lalu di Setapak, Kuala Lumpur semakin pulih.
“Alhamdulillah bisnes sekarang semakin pulih, cumanya kita takut bila kes makin naik, takut PKP lagi. Kalau boleh kita taknak lagi rasa macam PKP dua tahun dulu, tak boleh nak dine-in.
“Masa tu memang kitaorang sakit cumanya alhamdulillah kita boleh sustained walaupun agak payah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, kumpulan Floor 88 akan menganjurkan sebuah konsert sulung mereka pada 27 Mac ini.
Konsert yang akan turut dimeriahkan dengan persembahan Apak Khalifah dan kumpulan Caramelt Band itu akan diadakan di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam.
Kumpulan yang terkenal dengan lagu hutang itu juga akan dijadualkan menunaikan ibadah umrah selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 18 hingga 26 Mei depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jijik! Beli Air Keladi Tepi Jalan, Pakej Bangkai Cicak! - “Ingatkan Cincau, Rupanya…”

gempak
03/04/2024
06:55 MYT
Aduh ini parah ni siap ada bangkai cicak.
Laman Utama

Ada Sebab Ayie Floor 88 Ambil Masa ‘Tayang’ Wajah Anak Di Laman Sosial; “Saya Pernah Berdepan Dengan Gangguan…”

gempak
03/10/2022
06:57 MYT
Ayie Floor 88 kongsi pengalaman pernah alami gangguan ilmu hitam.
Laman Utama

Ayie Floor 88 Dedah Wajah Baby, Ramai Geram! - “Cute Sangat Nayla Amanda Ni”

gempak
22/08/2022
06:42 MYT
Lepas sebulan baru Ayie dedah wajah anak.
Laman Utama

[VIDEO] Ayie Floor 88 Selamat Bergelar Bapa

gempak
22/07/2022
11:04 MYT
Tahniah Ayie dan Tasha
Laman Utama

Ayie Floor 88 Tamatkan Zaman Bujang Bersama Tasha Awie, Tahniah!

gempak
21/10/2021
07:45 MYT
Till Jannah guys!