Nak Kurus Macam Adele? Boleh Ikut Menu Makan Ini, Siap Cheat Meal Lagi
Ramai yang kagum melihat perubahan luar biasa pada diri Adele. Penyanyi yang dahulunya bertubuh ‘comel’ kini berjaya menurunkan berat badannya dan ia menyorot perhatian banyak orang.
Bagaimanakah Adele melakukannya? Berikut merupakan menu yang sering menjadi pilihan Adele untuk mendapatkan tubuh ideal seperti sekarang. Jom semak!
Sarapan Adele pernah memberitahu Vogue yang dia tidak melakukan intermittent fasting. Bermakna, Adele menikmati sarapan setiap hari.
Memulakan hari dengan teh, Adele kemudian menikmati makanan seperti yogurt kacang soya lembut dengan tambahan topping buah beri, walnut cincang dan coklat gelap. Kadang-kala, Adele turut memilih untuk minum jus sayuran hijau jika jadual kariernya padat.
Makan tengah hari Disebabkan rutin senamannya melibatkan sesi angkat berat dan latihan litar, Adele memerlukan banyak tenaga untuk meneruskan harinya.
Justeru, Adele memilih hidangan salah yang terdiri daripada kale dengan pasli, saderi, epal, dan walnut, lengkap dengan minyak zaitun dan jus lemon.
Makan malam Jika bukan hari minggu, Adele biasanya akan memasak menu berasaskan protein iaitu menu dada ayam panggang atau bakar dengan salad kale dan bawang bombay sebagai topping yang dilengkapi dengan cili salsa dan tomato.
Cheat meal Menerusi wawancara bersama British Vogue, pelantun Easy On Me ini mengatakan bahwa ia terkadang menikmti McChicken Nugget dari McDonald.
"Makanan ideal saya, makanan terakhir saya adalah McChicken Nugget dengan Big Mac dan kentang goreng," ujar Adele sambil memberitahu yang dia menikmati makanan segera itu sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Foto kredit: Taylor Kiser (Unsplash)