,
Gaya Hidup

Nak Kereta Tampil Cantik Raya Nanti? Tak Payah Belanja Mewah, Boleh Sendiri Di Rumah!

Gempak
24/03/2024
09:55 MYT
Tidak hanya diri sendiri dan rumah, setiap kali tibanya raya, pasti ada dalam kalangan kita yang inginkan kenderaan yang dipandu turut kelihatan cantik, bersih dan kemas.
Namun, penjagaan kereta bukan sahaja mengambil masa yang lama, malah menelan belanja yang tinggi terutamanya jika anda membeli produk-produk pencuci dari jenama terkemuka.
Anda boleh menjimatkan masa dengan menghantar kereta anda ke kedai mencuci kereta (auto detailing), namun bersedialah untuk membayar harga yang tinggi.
Jadi di sini Gempak sediakan beberapa tips penjagaan yang mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan belanja yang besar. Apa yang menarik, tips-tips ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.

1. Menjaga upholsteri kulit

Anda boleh menyapu minyak zaitun pada permukaan kulit bagi menjadikan ia kekal berkilat dan mengelakkannya daripada merekah.

2. Mengilatkan lampu kereta

Adalah perkara biasa untuk lampu kereta menjadi pudar selepas beberapa tahun pemilikan. Untuk hilangkannya, sapu ubat gigi pada permukaan lampu untuk beberapa minit dan cuci dengan air setelah selesai.

3. Menghilangkan kesan calar

Selain menjadikan lampu lebih berkilat, ubat gigi juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan calar halus pada bahagian luaran kereta. Gunakan cara yang sama seperti di atas.

4. Membuang pelekat

Pelekat boleh dicabut dengan mudah namun selalunya kesan gam akan kekal pada permukaan. Apa yang anda boleh buat adalah membasahkan permukaan itu dengan cuka untuk beberapa minit sebelum mengikisnya.

5. Menghilangkan karat

Seperti yang anda mungkin tahu, Coca Cola boleh digunakan untuk menghilangkan pelbagai jenis kotoran dan karat tidak terkecuali. Lakukannya sebelum ia merebak ke bahagian-bahagian lain.

6. Hilangkan habuk di sudut-sudut sukar

‘Slime’ adalah bahan seperti gel yang digunakan untuk memerangkap habuk pada papan kekunci komputer. Sifatnya yang melekit menjadikan ia berguna untuk membersihkan celah-celah yang sukar dicapai di dalam kereta. Anda boleh menghasilkan ‘slime’ sendiri dengan mencampurkan sodium tetraborate (Borax) dengan air suam dan gam.

7. Membersihkan bulu haiwan peliharaan

Mereka yang biasa membawa haiwan peliharaan di dalam kereta pastinya berdepan dengan masalah bulu yang melekat pada tempat duduk. Ini boleh diatasi dengan membasahkan permukaan dengan air dan seterusnya menyapu semua bulu tersebut dengan bilah pembersih cermin.

8. Menjadikan upholsteri fabrik lebih berseri

Upholsteri fabrik lebih cepat memerangkap kotoran jika dibandingkan dengan kulit. Untuk membersihkannya, gunakan campuran amonia dan air dan berus pada permukaan sehingga kotoran itu hilang.

9. Mengilatkan tayar

Gunakan campuran serbuk penaik (baking soda) dan sabun pencuci pinggan pada permukaan tayar dan bersihkan dengan air. Tayar anda akan berkilat seola-olah anda baru keluar dari kedai cuci kereta.

BERITA TRENDING: Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”

BERITA TRENDING: Netizen Puji Tindakan Lelaki Tegur Pasangan Negara Jiran Guna RON95 Isi Minyak Kereta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Inul Sakit Perut Lepas Makan Tepi Jalan, Mengaku Lama Tak Makan Menu Kampung

gempak
16/04/2024
15:55 MYT
Inul mengalami sakit perut selepas menikmati petis yang menjadi makanan kegemarannya sewaktu masih belum berhijrah ke kota Jakarta.
Viral

T20 Sewa Axia, Alza Untuk Balik Raya, Ini Reaksi Netizen

gempak
12/04/2024
00:55 MYT
Menerusi platform X, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat mengenai isu berkenaan.
Terkini

Netizen Cadang Download Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung

gempak
07/04/2024
03:55 MYT
Bagi mengelak diri dan keluarga tersekat atas jalan raya pada jangka masa yang lama, rancang perjalanan anda dengan memuat turun aplikasi daripada PLUS ini.
Terkini

Pelajar-Pelajar UPNM Ini Naik Pesawat TUDM Balik Sabah Sambut Hari Raya

gempak
04/04/2024
01:55 MYT
Menerusi platform TikTok, pelajar-pelajar ini merakam momen-momen istimewa itu untuk dikongsikan dengan wargamaya.
Viral

Pasangan Suami Isteri Ini Dah 5 Tahun Balik Raya Asing-Asing - “Takda Gaduh-Gaduh”

gempak
27/03/2024
07:55 MYT
Seorang lelaki mendedahkan yang sepanjang mendirikan rumah tangga selama lima tahun, mereka sentiasa pulang ke kampung halaman masing-masing secara berasingan.