,
Laman Utama

​“Nak Kahwin Tu Saya, Bukan Mak Saya,” - Ibu Tak Setuju Bakal Menantu Nak Beli MyVi Sebelum Nikah, Katanya Seperti Kereta Student

Izwan Isa
13/04/2022
07:50 MYT
Isu berkenaan pernikahan anak-anak mengikut cita rasa ibu bapa bukanlah satu hal yang baharu. Ada sahaja rungutan daripada netizen yang berkongsi tentang ‘perangai’ ibu bapa masing-masing yang ingin menentukan masa depan anak-anak.
Terbaharu, seorang netizen meluahkan perasaan gundah di media sosial apabila sang ibu mengakui tidak berkenaan dengan kenderaan yang baru dimiliki oleh bakal menantunya.
Tapi, sebaliknya pula di Malaysia. Korang menyesal ke kalau pakai Myvi? pic.twitter.com/f6qcOUJrlA— TwtWedding (@twtmalaywedding) April 9, 2022 “Saya pernah berkongsi cerita yang mak saya kata, kena ada kereta before kahwin (bagi pihak) lelaki. Saya dah slow talk dengan boyfriend saya pasal ni. Oklah dia decide nak beli kereta before kahwin.
“Dia nak beli MyVi. Tapi respons mak saya macam hmmm. Dia kata MyVi ni kereta student, takda class, tak jaga imej kalau pakai MyVi,” kongsinya menerusi sebuah akaun Twitter.
Menurut individu berkenaan, dia agak terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ibunya itu.
“Bila mak cakap saya cakap macam tu, saya terasa pula. Sebab dia kata kena ada kereta… lepas tu bila nak beli kereta tak kena tekak dia.
“Saya tahu nak kahwin tu saya, bukan mak saya, so kereta apa ada saya okay je. Cuma mak saya ada cakap kat saya suruh ikut cakap dia kalau tak menyesal. Ayat tu buat saya rasa macam betul ke menyesal sebab pakai MyVi je?” katanya lagi.
Menerusi ruangan balas, ramai yang memberikan pandangan masing-masinvg mengenai isu tersebut.
“Mak kau dah tentu perangai mcm tu. Jangan normalize mak bapak campur urusan kahwin. Esok dalam kain pun dia campur. Kalau kau betul nak kahwin, bertegas sikit dengan parents. Lepas kahwin, cepat-cepat blah dari rumah tu. Hidup berdua,” cadang seorang netizen.
“Kalau hidup baru berdua okay la tu ada satu kereta dan satu motor (saya assumed laki tu ada motor). Nanti dah ada anak baru fikir nak upgrade kereta besar sikit ke kalau perlu. Monthly payment MyVi tu boleh guna untuk bercuti, makan-makan or just simpanan kot. Kan lagi elok. Lagi aman takde hutang,” kongsi seorang lagi netizen.
Dalam pada itu, seorang wargamaya turut berkongsi kisah membeli rumah dan masih menggunakan kenderaan jenis MyVi sejak 10 tahun lalu.
“Dik, husband akak dah 14 tahun pakai MyVi. Akak dah 10 tahun pakai MyVi. Alhamdullilah kami dah lama bebas hutang kereta. Baru ni je kami beli rumah. So hutang rumah. Alhamdullilah selesa, tak pernah ada isu kewangan. Kita kena rancang sendiri kewangan kita dik,” nasihatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.