,
Hiburan

"Nak Gelar Aku Janda Ke, Anj*ng Ke, Tak Kisah! Ini Bukan Fasal Tak Move On Tapi..." - Shuhada

Firdaus
27/06/2024
04:55 MYT
Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri menjelaskan tindakannya yang disifatkan 'meroyan' di media sosial oleh segelintir warganet bukan disebabkan dirinya tidak boleh move on.
Sebaliknya, pendedahan yang dibuat kerana dirinya sudah hilang sabar terhadap sikap Hafidz yang disifatkan seperti kebudak-budakan.

"Benda nak dekat dua tahun, pelik kalau saya tak move on. Kalau saya nak meroyan, saya dah meroyan awal-awal dulu selepas bercerai.

"Ni bukan pasal move on, ni pasal dia betul-betul dah mencabar kesabaran Shu. Bagi Shu, kau (Hafidz) nak gelar aku janda ke, anjing ke, Shu tak kisah dan Shu harap sangat-sangat ada orang nasihat dia suruh dia ingat Allah," katanya kepada Gempak.

Susah capai kata sepakat

Melanjutkan bicara, Shu mengakui mempunyai harapan untuk menyelesaikan perselisihan faham antara mereka dengan cara baik, namun sukar untuk mencapai kata sepakat.

BERITA TRENDING: Mahu Fokus Sambut Aidifitri Dengan Anak-Anak & Keluarga, Shu Shukri Tak Mahu Kenang Peristiwa Hitam

"Mengenali dia hampir 10 tahun dengan perangai dia, agak sukar untuk selesaikan cara baik. Kalau nak cakap Shu tak ada toleransi dengan dia, Shu bertolak ansur dengan dia dah terlalu banyak.
"Kalau Shu tak ada toleransi, setahun kahwin Shu dah bercerai dengan dia. Tapi saya bertahan hampir tujuh tahun dan Shu nak ucapkan tahniah dekat diri Shu sebab mampu bertahan.
"Shu rasa harapan hanya tinggal harapan. Kalau boleh memang nak selesaikan cara baik kalau dia ikut cara hukum Islam," terangnya.

​BERITA TRENDING:"Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

Terdahulu, Shuhada tampil bersuara secara terbuka di media sosial dan menuntut agar bekas suaminya melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya selepas usaha meminta nafkah anak secara peribadi diabaikan.

Hafidz bertangguh bayar nafkah?

Menjelaskan tentang perang yang belum berkesudahan, Shuhada mengakui Hafidz ada melakukan transaksi pembayaran nafkah, namun tidak konsisten dan sentiasa bertangguh.
"Kalau betul dia (Hafidz) tak culas, maksudnya kau tak bayar untuk setiap bulan tu dalam satu transaksi. Contohnya dia bayar untuk bulan Januari, Februari, Mac, April semua sekali.
"Lepas tu masa nak tunggu kau bayar untuk bulan depan tak ada, kau nak kumpul dalam satu bulan baru nak bayar.
"Kalau tak culas maknanya kau bayar ikut tarikh dan amaun yang sama tiap-tiap bulan untuk dua orang anak dia. Dia kena faham tu!"
"Dan kalau dia rasa amaun yang dia bagi dekat Shu tu mencukupi, kenapa tutup amaun tu?!" getusnya.
Shuhada dalam beberapa hantaran berbeza semalam 'melancarkan perang' apabila mendedahkan bukti perbualan mesej lucah antara bekas suaminya dengan wanita yang didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangganya.

​BERITA TRENDING:Dituduh Culas Beri Nafkah, Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Diri - "Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan"

Selain mesej perbualan lucah, Shuhada mendakwa dia turut mempunyai bukti rakaman audio dan pengakuan pasangan berkenaan.

​BERITA TRENDING: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai tahun lalu.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4.
Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar